Nama pelakon popular, Nora Danish, kembali menjadi bualan selepas tindakannya memuat naik foto seorang lelaki berkopiah di Instagram mencetuskan spekulasi kononnya dia bakal berkahwin.
Namun, Nora tampil menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa hantaran berkenaan hanyalah gimik pemasaran produk semata-mata.

Penjelasan itu bagaimanapun mengundang kecaman hebat daripada netizen, khususnya di platform Threads, yang merasakan tindakan itu sekadar cara murahan untuk menarik perhatian.
Ada yang menyamakan langkah Nora dengan rakan baiknya, yang sebelum ini turut terpalit dengan isu gimik serupa.
Netizen juga menegaskan bahawa strategi pemasaran seperti itu semakin berleluasa dalam kalangan selebriti, malah mereka tidak menyangka Nora turut memilih jalan sama.
Meskipun menerima kritikan, Nora masih belum memberikan reaksi lanjut selepas menafikan gosip kononnya bakal menamatkan zaman ibu tunggal.


Kontroversi ini sekali lagi membuktikan bahawa sebarang hantaran selebriti di media sosial mudah mengundang spekulasi, apatah lagi bila melibatkan soal perkahwinan. – BOOM!
Sumber: Threads









