Personaliti televisyen, Kim Kardashian, mendedahkan bahawa penggunaan aplikasi ChatGPT telah menyebabkan beliau sering gagal dalam ujian pengajian undang-undangnya.

Menurut Kim, walaupun ChatGPT merupakan alat kecerdasan buatan yang canggih, ia masih mempunyai banyak kelemahan.
“Saya gunakannya untuk nasihat undang-undang. Apabila saya perlukan jawapan, saya akan ambil gambar dan masukkannya ke situ (ChatGPT),” katanya pada wawancara bersama Vanity Fair menerusi siri Lie Detector Test kelmarin.

Walaupun kecewa, Kim tetap bersemangat untuk meneruskan impiannya menjadi peguam selepas enam tahun mengikuti latihan undang-undang.
“Saya akan layak dalam dua minggu. Saya harap dapat mengamalkan undang-undang sekurang-kurangnya 10 tahun,” katanya.

Buat masa ini, Kim sibuk membintangi siri baharu All’s Fair arahan Ryan Murphy. -Boom!









