Pelakon dan penyanyi terkenal Korea Selatan, Cha Eun‑woo sekali lagi mencuri perhatian peminat dengan cara unik sempena mempromosi album mininya, ELSE.

Kali ini, nombor telefonnya dikongsi secara rasmi dan peminat boleh menghubungi, tetapi yang selebihnya mungkin dijawab dalam khayalan.
“Hubungi saya sekarang, sebelum bunyi itu hilang,” menurut info yang tertera.

Ada juga peminat mempersoal bagaimana seseorang yang disenaraikan untuk berkhidmat dalam tentera boleh menerbitkan album.

Justeru, ramai peminat meluahkan kekecewaan kerana gimik itu didakwa menimbulkan kekeliruan dan memberi harapan palsu kepada pemanggil yang menyangka mereka menghubungi nombor peribadi serta berpeluang bercakap dengan pelakon berkenaan.
“Jenis pemasaran viral sebegini akan mendapat kritikan,” kata seorang netizen.

Walaupun Cha Eunwoo menyertai aktiviti ketenteraan Julai lalu, beliau telah menyediakan pelbagai jadual untuk peminat termasuk filemnya First Ride dan album mini yang dijadual dikeluarkan pada 21 November ini. –Boom!









