Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Carboot Sale DXN Cyberville Medan Selebriti Bertemu Peminat

14/07/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti
Carboot Sale DXN Cyberville Medan Selebriti Bertemu Peminat

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Berniaga sambil beramah mesra dengan peminat antara pengisian acara Carboot Sale di DXN Cyberville, Cyberjaya kali keempat yang dianjurkan selama dua hari pada hujung minggu lalu.

Antara selebriti yang memeriahkan acara bersama produk jualan masing-masing adalah, pelakon Siti Fazurina, Syed Ali dan juga penyanyi Fakhrul UNIC.

Siti Fazurina yang pernah popular dengan drama Puteri dan Dunia Anita melahirkan rasa gembira apabila keputusannya menyertai jualan Carboot Sale DXN Cyberville di sini menjadi medan bertemu dengan peminat yang masih mengenali dirinya.

Menurut Siti Fazurina, dia yang pada mulanya hanya sekadar suka-suka tidak menyangka jualan minuman dengan jenama Minom miliknya mendapat sambutan.

“Ini kali pertama dan memang saya tidak sangka langsung seronok berniaga di Carboot Sale ini. Jualan hari pertama pun okey, tetapi hari kedua semua buah-buahan untuk smoothie telah habis.

“Dalam masa sama saya yang sudah jarang-jarang muncul di televisyen seronok apabila dapat juga bertemu peminat,” kongsinya yang turut memiliki syarikat produksi sendiri.

Dalam pada itu pelakon dan usahawan, Syed Ali yang sudah kali ketiga menyertai penganjuran Carboot Sale ini menyifatkan acara ini salah satu medan terbaik untuk para usahawan kecil mengembangkan lagi jenama masing-masing.

“Saya memang seronok dapat menyertai acara ini sebab selain dapat berjualan dan mempromosikan produk pewangi fabrik keluarkan saya iaitu BeFresh, saya juga dapat bertemu peminat dan rakan-rakan artis yang lain.

“Carboot Sale ini berbeza kerana tempatnya amat selesa bukan sahaja untuk peniaga tetapi juga pengunjung yang hadir kerana semua kemudahan disediakan.

“Bagi saya jika ingin berjaya, saya harus merebut segala peluang dan ruang yang ada untuk mempromosikan produk keluaran sendiri termasuklah menyertai acara seperti ini. Status selebriti bukan tiket atau jalan pintas untuk sesuatu produk berjaya,” ujar Syed Ali.

Sementara itu, Fakhrul UNIC juga melahirkan rasa gembira apabila jualan kraf kayunya menerusi jenama Art & Craft 4A’s Wood Art mendapat perhatian dan tumpuan termasuk daripada kanak-kanak.

“Seronok kali pertama jualan mendapat sambutan, malah kanak-kanak juga suka dengan aktiviti seni kayu yang kami ketengahkan.

“Alhamdulillah juga sebab kami turut menerima tempahan daripada pengunjung yang tertarik dengan produk kami,” katanya pada acara yang dihadiri sekitar 500 pengunjung itu.

Selain itu, agensi bakat The Vokal turut menjalankan sesi uji bakat dan mendapat sambutan baik apabila hampir 100 peserta yang hadir mencuba nasib.

Turut diteruskan pada jualan kali ini ialah sudut sedekah, Infak Corner yang menyediakan barangan keperluan harian seperti barangan dapur dari syarikat media dan produksi.

Program jualan yang diadakan sebulan sekali itu diacarakan oleh artis serba boleh Adzrin Azhar yang turut membuat persembahan. – BOOM!

Previous Post

Lagu Flower Jisoo BLACKPINK Single Digital Paling Laris Di China

Next Post

Qistina Raisah Kena Buang Sekolah | Jisoo Flower Laris Di China | Afdlin Shauki Artis Pertama Pegang Jawatan DBKL

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Langgar Peraturan Ubat Terkawal, Polis Serbu Pejabat PSY

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Sahkan Hidap Endometriosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa, PU Riz Jawab Isu Kelas Agama Caj Tinggi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Judy & Nick Kembali! “Zootopia 2” Janji Dunia Lebih Gila & Lebih Besar!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd