Buat ramai generasi peminat filem, Johnny Depp sinonim dengan watak Captain Jack Sparrow dalam Pirates of the Caribbean.
Walaupun pernah membintangi pelbagai filem berjaya, watak lanun ikonik itulah yang menjadikannya bintang antarabangsa.

Baru-baru ini, bintang berusia 62 tahun itu mengejutkan kanak-kanak di Hospital Kanak-Kanak Universiti Nino Jesus, Madrid dengan kemunculannya dalam kostum lengkap Jack Sparrow pada 16 Jun lalu.
Kehadirannya bukan untuk kamera, sebaliknya satu lawatan mengejut demi menceriakan pesakit terminal di hospital tersebut, ketika beliau berada di Sepanyol bagi penggambaran filem baharu berjudul Day Drinker.
Foto-foto dari lawatan itu, yang dikongsikan oleh agensi Backgrid dan tular di media sosial, memaparkan Depp mesra melayan kanak-kanak di bilik-bilik rawatan mereka.
Ramai peminat tersentuh dengan keikhlasannya, malah ada yang menyifatkan aktor itu sebagai “wira sebenar”.
“Dia benar-benar berhati emas,” tulis seorang pengguna di platform X.
Jack Sparrow se bajó del barco por un momento para llevar sonrisas a un hospital lleno de pequeños niños valientes. ☠️✨.
Johnny Depp hizo una visita sorpresa al Hospital Infantil Niño Jesús de Madrid, y recorrió la unidad de oncología pediátrica. pic.twitter.com/d9vfkBnR9b— Trending+News (@tmasnews) June 19, 2025
Ramai juga memuji Depp kerana melakukan tindakan penuh kasih sayang tanpa sebarang publisiti berlebihan.
Ini bukan kali pertama Johnny Depp berbuat demikian.
Malah sebelum ini, beliau pernah membuat kejutan serupa di hospital kanak-kanak seluruh dunia termasuk Vancouver, Paris, London, Brisbane dan beberapa bandar di Amerika Syarikat. – BOOM!









