Personaliti media sosial sensasi, DMA Islam sekali lagi mencetuskan kemarahan orang ramai apabila mengeluarkan kenyataan kontroversi dengan menyifatkan wanita bekerja sebagai “bodoh”.
Namun, apa yang melucukan perhatian warganet ialah tindakannya yang bercanggah dengan kata-kata sendiri.
Seorang pengguna di platform Threads mendedahkan, DMA Islam sebenarnya mengikuti ramai wanita bekerjaya di Instagram.
Individu berkenaan turut berkongsi beberapa tangkap layar akaun wanita profesional yang diikuti DMA Islam.
Situasi ini pantas mengundang pelbagai reaksi di media sosial.
Rata-rata netizen menyifatkan DMA Islam sekadar mahu mencetuskan provokasi murahan dengan kenyataan panasnya.

Ada juga yang berpendapat, tidak wajar memberi perhatian berlebihan kepadanya kerana segala tindak-tanduk DMA hanya bertujuan mencari publisiti. – BOOM!










