Pelakon dan usahawan terkenal, Mawar Rashid sekali lagi menjadi perhatian warganet selepas memuat naik beberapa gambar terkininya di Instagram.
Dalam hantaran tersebut, Mawar kelihatan aktif bermain tenis sambil mengenakan pakaian sukan ketat dan skirt pendek.
Penampilan yang dilihat sangat berbeza berbanding imej bertudung yang pernah dibawanya sebelum ini.
Keputusan Mawar untuk tidak lagi berhijab sebelum ini telah menimbulkan pelbagai reaksi, dan kini penampilan terbarunya terus mencetuskan perdebatan.
Ruang komen di Instagram miliknya dibanjiri dengan pelbagai pandangan. Ramai netizen menyuarakan rasa terkilan dan kecewa terhadap arah perubahan Mawar, yang menurut mereka tidak lagi mencerminkan nilai yang pernah dipegang satu ketika dahulu.
Namun, tidak kurang juga yang memuji keyakinan dan kecantikan Mawar, terutama sebagai ibu tunggal yang dilihat masih mampu menjaga penampilan dengan baik.
Mawar sebelum ini pernah menjelaskan bahawa keputusannya untuk membuka tudung dibuat atas pertimbangan peribadi dan bukannya untuk meraih perhatian semata-mata.
Namun, penampilannya kini terus menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat dan pemerhati dunia hiburan. – BOOM!









