Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Bubblebee Didenda RM17,500, Gagal Bayar Caruman Perkeso

11/11/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Selebriti
Bubblebee Didenda RM17,500, Gagal Bayar Caruman Perkeso

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Mahkamah Majistret hari ini menjatuhkan hukuman denda keseluruhan RM17,500 kepada syarikat minuman Bubblebee Sdn. Bhd. atas tujuh pertuduhan, termasuk tunggakan caruman kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tahun lalu.

Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Majistret Ameera Mastura Khamis selepas syarikat itu, yang diwakili oleh dua pengarahnya iaitu Shahmira Muhamad (lebih dikenali sebagai Shuib) dan Koh Choon Guan, mengaku bersalah terhadap semua pertuduhan yang dibacakan.

Sekiranya gagal membayar denda tersebut, mahkamah turut memerintahkan hukuman penjara dua bulan. Syarikat itu juga dibenarkan membuat bayaran ansuran bagi tunggakan caruman dalam enam kali ansuran kepada Perkeso.

Pertuduhan utama melibatkan kegagalan syarikat sebagai majikan membayar caruman bagi seorang pekerja lelaki berusia 25 tahun untuk bulan Oktober hingga Disember, dengan jumlah caruman tertunggak sebanyak RM97.80. Pertuduhan ini di bawah Seksyen 6(1) dan (8) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Bubblebee turut menghadapi pertuduhan kegagalan membayar caruman sebanyak RM17.40 mengikut Akta Sistem Insurans Pekerjaan 2017 bagi tempoh yang sama. Syarikat itu juga didapati ingkar mematuhi saman di bawah Seksyen 110(1) Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.

Pengarah Bubblebee, Shahmira Muhamad atau lebih dikenali sebagai Shuib.

Bagi setiap kesalahan, syarikat berdepan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda maksimum RM10,000, atau kedua-duanya. Denda sebanyak RM7,500 dikenakan untuk pertuduhan Akta Keselamatan Sosial Pekerja dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan, manakala tambahan RM2,500 untuk kes ingkar saman.

Pegawai Pendakwa Perkeso Selangor, Nurul Atikah Che Sarif, mengendalikan kes, sementara pihak OKS hadir tanpa peguam.

Sumber: Kosmo!

Previous Post

Aisha Retno Kesal Pembatalan Konsert, Penganjur Disifatkan Tidak Profesional

Next Post

Lan Pet Pet Bakal Hijrah Ke Madinah, Impikan Dikebumikan Di Perkuburan Baqi

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Sahkan Hidap Endometriosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fazley Yaakob Kesal Gelaran Duda, Janda Dinilai Tidak Adil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Langgar Peraturan Ubat Terkawal, Polis Serbu Pejabat PSY

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cik B Berang Scammer Perdaya Pelanggan Produk Keluarannya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Kekal Imej Serban Ikut Kesesuaian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd