Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Buat Konsert OAG Disember Lalu, Radhi Dedah Terpaksa Pinjam Ah Long – “Sebab Pentas Tak Siap Lagi”

26/03/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra
Buat Konsert OAG Disember Lalu, Radhi Dedah Terpaksa Pinjam Ah Long – “Sebab Pentas Tak Siap Lagi”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Vokalis  Radhi mendedahkan terpaksa meminjam RM50,000 daripada ah long demi merealisasikan Konsert OAG 30 Tahun Generasiku di Stadium Malawati, Shah Alam, Disember, tahun lalu.

Radhi atau nama sebenar, Muhammad Radhi Razali, 46, berkata keadaan menjadi genting apabila pada hari konsert berlangsung, iaitu jam 3 petang, pentas masih belum siap berikutan masalah bajet.

“Pada jam 3 petang hari konsert itu berlangsung, pentas belum siap kerana kami tiada duit. Jadi, kami ambil keputusan pinjam daripada ah long walaupun tahu ia bukanlah idea baik.

“Kami terpaksa pinjam ah long kerana mahu teruskan konsert. Pada hari itu juga, ah long datang dari Pulau Pinang dan bawa wang sebanyak RM50,000.

“Wang itulah digunakan untuk membina set di pentas dan persiapan lain konsert. Kalau tidak, memang tidak akan berlaku apa-apa pada malam itu,” katanya pada sesi tayangan khas filem underground, urban dan indie berjudul Pekik di Pawagam Mini P Ramlee, Kompleks Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Hulu Klang, baru-baru ini.

Radhi berkata, disebabkan masa terhad dan pelbagai masalah lain, tiket konsert yang dipentaskan bagi meraikan ulang tahun ke-30 OAG itu kebanyakannya terpaksa diberi percuma.

“Sejujurnya, kami tidak mahu teruskan konsert itu kerana kesuntukan masa. Ini ditambah pula dengan beberapa masalah lain seperti kos penganjuran.

“Namun, disebabkan peminat, kami teruskannya. Ramai ingat tiket itu habis terjual, sebaliknya, banyak yang diberi percuma.
“Kalau diikutkan boleh sahaja untuk jual semuanya, tetapi masa sangat terhad,” katanya.

Sementara itu, Radhi menganggap kerencaman masalah sebelum penganjuran konsert menjadi punca pemain dram, Qi Razali mengambil keputusan meninggalkan kumpulan itu.

Bagaimanapun, Radhi menjelaskan tidak berlaku persengketaan antara mereka dan pada sama sama, keputusan dibuat Qi dihormati.
“Sebenarnya, tiada apa pun yang berlaku antara kami dan Qi. Bagi saya, apa yang terjadi disebabkan hal peribadi sahaja.

“Kami sama sekali tidak bergaduh dengan Qi. Malah, baru berjumpa beberapa hari lalu. Cuma, keputusan Qi untuk berundur mungkin dipengaruhi proses mementaskan konsert berkenaan.

“Bayangkan, promosi untuk konsert dibuat dua bulan sahaja ditambah pula dengan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ketika itu, jadi, tiket tidak terjual.

“Walaupun pada mulanya, Qi fikir konsert itu boleh berjaya, namun, akhirnya, tidak mencapai seperti apa yang dimahukan,” katanya.

Awal tahun ini, Qi dilaporkan mengambil keputusan meninggalkan kumpulan OAG selepas 30 tahun bersama dengan memuat naik video di Instagram (IG).

Qi yang juga pelakon dan pengacara dilapor menjelaskan keputusan meninggalkan OAG bukan disebabkan percakaran atau perselisihan faham dengan anggota band terbabit. – BOOM!

Sumber: BERITA HARIAN

Previous Post

Sibuk Berniaga Cendol Santan Sawit, Acong Kurangkan Aktiviti Seni Sepanjang Ramadan

Next Post

Lama Menyepi, Duo Kembar AishaHanim Kembali Menyanyi Menerusi Lagu Raya Rumah Terbuka

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ARMY Berang Trak Protes Dituduh Dari Fandom

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iqbal Pernah Buat Zul Ariffin Hilang Sabar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa, PU Riz Jawab Isu Kelas Agama Caj Tinggi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Umum World Tour! Ini Lokasi & Tarikh Yang Perlu Anda Tahu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd