K-pop supergroup BTS, terdiri daripada RM, Jin, Suga, J-Hope, Jimin, V dan Jung Kook, mengumumkan jelajah dunia besar-besaran bermula 9 April depan.

Berita tergempar itu menandakan kembalinya mereka selepas empat tahun hiatus berikutan perkhidmatan tentera wajib di Korea Selatan.
Jelajah itu merangkumi 79 persembahan di lebih 30 bandar di seluruh dunia, termasuk Asia, Eropah, Amerika dan Oceania.
BBC melaporkan:
“Konsert pertama akan diadakan di Stadium Goyang, Korea Selatan pada 9 April depan selama tiga malam sebelum bergerak ke Asia, Eropah dan Amerika.”

Mereka juga dijadualkan membuat persembahan dua malam di Stadium Tottenham Hotspur, London, pada 6 dan 7 Julai depan, dengan pentas 360 darjah yang membolehkan pengalaman lebih dekat dengan semua peminat.
Menurut Billboard:
“Pulangan kewangan jelajah itu dijangka mencecah lebih AS$1 bilion (RM4 bilion), termasuk hasil daripada tiket, barangan rasmi dan penjualan muzik, satu pencapaian besar dalam industri muzik global.”

Turut dinanti ialah konsert di Malaysia pada Disember depan, memberi peluang kepada peminat tempatan menyaksikan persembahan fenomena K-pop itu. -BOOM!









