Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

BOOM! Radio, Portal Hiburan Dijanakan Oleh SYOK, Kerjasama KRU Media dan Astro Radio

31/03/2022
Cemaoleh Cema
in Ekstra, Exposé, Hiburan, Selebriti
BOOM! Radio, Portal Hiburan Dijanakan Oleh SYOK, Kerjasama KRU Media dan Astro Radio

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

KRU Media Sdn Bhd (KRU) dan Astro Radio mengumumkan kerjasama dengan melancarkan BOOM! Radio, rangkaian audio atas talian yang menawarkan seleksi lagu popular tempatan, serantau dan antarabangsa serta disajikan bahan berita hiburan terhangat dan terkini.

Dijanakan melalui aplikasi popular SYOK dan laman web BOOM!, kerjasama strategik ini dijangka mampu memanfaatkan kekuatan dan sumber dalaman masing-masing dalam menawan peluang baharu sejajar dengan peningkatan permintaan bagi kandungan radio atas talian atau podcast.

Radio ini akan mengintegrasikan pengaruh digitalnya menerusi platform e-dagang serta aktiviti-aktiviti langsung seperti konsert, preview filem, acara sukan, konvokesyen dan lain-lain selaras dengan peralihan Malaysia ke arah fasa endemik.

Pada majlis pelancaran yang dihadiri Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KRU Media, Datuk Norman Abdul Halim dan CEO Astro Radio, Kenny Ong Chun Eng, beliau turut mengumumkan barisan penyampai yang terdiri daripada Jimmy, Cema, Natalhia dan Lor-De dengan diketuai Ketua Pengarang dan Penyelaras BOOM!, Deegun Rahman.

Barisan penyampai BOOM! Radio bersama ketua pengarang BOOM!

“Ia merupakan satu perjalanan yang menakjubkan bagi BOOM! sebagai portal berita hiburan sejak mula bersiaran kira-kira 9 bulan lalu.

“Walaupun masih baharu, bilangan pembaca atas talian kami telah meningkat sebanyak 1955% pada Mac 2022 berbanding bulan pertama kami beroperasi pada Julai 2021.

“Diperkuatkan dengan kerjasama Astro Radio dan pelancaran BOOM! Radio, kami yakin dapat mencipta era baharu dalam menyediakan bahan hiburan menarik untuk berinteraksi dengan pendengar.

“Selain itu, ia juga diharap membantu rakan seperjuangan dalam industri muzik bagi menghidupkan semula jualan format fizikal seperti piring hitam dan cakera padat (CD), mengalakkan semula penontonan filem di pawagam dan memperkasakan para pengiklan terutamanya jenama yang mempunyai integrasi platform e-dagang,” jelas Norman.

BOOM! Radio merupakan kerjasama antara KRU Media dan Astro Radio

Sementara itu Kenny turut berkongsi pendapat sama dengan menyatakan bahawa pihaknya sangat teruja dengan penyertaan BOOM! Radio di aplikasi SYOK.

“Ini bermaksud, kesemua rakyat Malaysia boleh menstrim dan menikmati pilihan muzik mereka.

“Di samping mempelbagaikan kandungan audio hiburan, kami sememangnya mengalu-alukan lebih ramai rakan kongsi tempatan dan serantau dalam memperkukuhkan jenama SYOK sebagai Hab Radio, Muzik dan Podcast,” tambah Kenny.

BOOM! Radio menyiarkan tiga jam intipati baharu yang diulang siar selama 24 jam sehari dengan rancangan istimewa pada hujung minggu untuk carta muzik Malaysia seperti BOOM! Top 40 serta banyak lagi kandungan eksklusif lain.

Melakar sejarah tersendiri, BOOM! Radio bersiaran buat pertama kalinya pada jam 4 petang hari ini.

Untuk penstriman, muat turun aplikasi SYOK dan tekan pautan BOOM! Radio selain melayari portal www.boom-malaysia.com. – BOOM!

Previous Post

“Kami Tak Bersentuhan” – MV Chubb-E Tetap Ditayangkan, Tiada Babak Wanita Separuh Bogel

Next Post

“Berat Badannya Turun Mendadak” – Peminat BIGBANG Risau Lihat Daesung Kurus Sangat

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kekasih Bella Hadid Ditangkap Kerana Mabuk Di Tempat Awam

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seth Meyers Sindir Trump Isu ‘Ponteng’ Super Bowl

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Mesej Nak Jadi Bini.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd