Hantaran terbaharu pelakon tinggi lampai, Mimi Lana di platform Threads mencuri perhatian ramai apabila dia memohon doa daripada warganet untuk dikurniakan zuriat kembar.
“Boleh tak nak minta semua orang doakan saya dapat bayi kembar.
Orang cakap kalau ramai doakan, senang termakbul.”
Permintaan tersebut mendapat sambutan hangat, apabila ramai netizen turut mendoakan agar impian Mimi memiliki anak kembar menjadi kenyataan, selain berharap segala urusan pasangan itu dipermudahkan.
Tidak kurang juga yang berkongsi pelbagai tip untuk hamil anak kembar.

Malah, ada wanita lain yang turut memohon doa netizen kerana masih menantikan rezeki cahaya mata. – BOOM!









