Blake Shelton menafikan spekulasi yang mendakwa dia dan isteri, Gwen Stefani, sudah berpisah, bahkan mengecam khabar angin dalam talian yang berterusan mengenai rumah tangga mereka.

Shelton turut menegaskan bahawa banyak laporan dalam talian mengenai perpisahan mereka adalah palsu, walaupun ada yang kelihatan begitu nyata sehingga dirinya sendiri hampir tertipu.
“Saya mula perasan artikel muncul tentang kami berpisah, tak jumpa satu sama lain, nak bercerai, dan kemudian seminggu selepas itu, muncul gambar kami keluar membeli-belah, digosipkan kami kembali bersama,” katanya dipetik TMZ.

Beliau menambah setiap minggu muncul spekulasi baru berdasarkan foto yang disunting atau dipaparkan di media sosial, tetapi menegaskan tidak benar.
Shelton dan Gwen bertemu di set rancangan The Voice pada 2014 dan mula bercinta setahun kemudian. Pasangan itu berkahwin di ladang Shelton di Oklahoma pada 2021. -BOOM!









