BLACKPINK bakal kembali menggoncang pentas dunia menerusi jelajah mega mereka yang diberi nama ‘DEADLINE’, dengan senarai tarikh jelajah Asia akhirnya diumumkan!
Menurut YG Entertainment pada 27 Mei, BLACKPINK akan menjayakan konsert di enam bandar utama Asia:
- Kaohsiung, Taiwan (18–19 Oktober)
- Bangkok, Thailand (24–26 Oktober)
- Jakarta, Indonesia (1–2 November)
- Bulacan, Filipina (22–23 November)
- Singapura (29–30 November)
- Hong Kong (24–25 Januari 2026)
Konsert di Asia ini merupakan sebahagian daripada siri 31 persembahan di 16 bandar global, termasuk lokasi berskala besar seperti Goyang, Los Angeles, Chicago, Toronto, New York, Paris, Milan, Barcelona, London, dan Tokyo.

Kejayaan luar biasa mereka sebelum ini menerusi ‘BORN PINK’ World Tour yang mencatat kehadiran seramai 1.8 juta penonton menjadikan BLACKPINK sebagai kumpulan K-pop wanita dengan jelajah paling berjaya dalam sejarah.
“Seperti maksud nama ‘DEADLINE’, para artis dan staf bekerja dengan fokus tinggi untuk memberikan momen kemuncak yang tidak akan dilupakan dalam sejarah konsert BLACKPINK,” ujar pihak YG Entertainment.

Bukan itu sahaja, BLACKPINK juga bakal membuat kemunculan semula (comeback) selepas hampir dua tahun lapan bulan dengan karya baharu mereka, susulan pelancaran album penuh kedua BORN PINK pada September 2022. – BOOM!









