BLACKPINK meraikan ulang tahun debut mereka yang ke-9 pada 8 Ogos, menandakan hampir satu dekad dominasi mereka dalam industri muzik global.
Sempena sambutan istimewa itu, YG Entertainment telah berkongsi foto eksklusif di sebalik tabir dari set muzik video “JUMP”, sekaligus membangkitkan semula keterujaan peminat terhadap kemunculan semula mereka yang dinanti-nantikan.
Kesemua ahli BLACKPINK iaitu Jisoo, Jennie, Rosé dan Lisa turut berkongsi gambar kenangan bersama di media sosial sebagai tanda penghargaan kepada peminat yang setia bersama mereka sejak hari pertama.
Menambah kemeriahan sambutan, BLACKPINK bakal mencipta sejarah apabila mereka dijadualkan mengadakan konsert di Wembley Stadium, London pada 15 dan 16 Ogos, menjadikan mereka kumpulan wanita K-Pop pertama yang beraksi di pentas ikonik itu. – BOOM!









