Kumpulan sensasi K-Pop BLACKPINK terus membuktikan mereka masih relevan dan berpengaruh dalam industri hiburan global, meskipun setiap ahlinya kini aktif dengan kerjaya solo masing-masing.

Lisa, Rosé, Jennie dan Jisoo mula mencipta nama sebagai kuartet pada 2016 sebelum meledak dengan lagu ikonik seperti Kill This Love dan Pink Venom, selain kolaborasi bersama bintang antarabangsa.
Sejak itu, BLACKPINK bukan sahaja menguasai carta muzik, malah berjaya mencipta sejarah sebagai artis K-Pop yang mengetuai festival besar seperti Coachella. Keempat-empat ahli turut melebarkan pengaruh ke dunia lakonan dan fesyen, termasuk menjalin kerjasama eksklusif bersama jenama mewah terkemuka dunia.

Pada 2023, setiap ahli menubuhkan syarikat pengurusan sendiri bagi mengurus projek solo, namun mereka tetap menandatangani kontrak sebagai kumpulan di bawah naungan YG Entertainment.
Langkah itu memberi kebebasan kreatif tanpa menjejaskan kelangsungan BLACKPINK sebagai sebuah jenama global.

Malah, pengumuman rasmi YG mengesahkan BLACKPINK masih dalam perancangan utama syarikat, termasuk projek comeback dan jelajah dunia.
Hakikatnya, BLACKPINK tidak ke mana-mana mahupun dibubarkan, mereka masih in your area dan terus menjadi kuasa besar dalam budaya pop antarabangsa.

Kumpulan itu membuktikan bahawa mereka masih aktif apabila mereka mengeluarkan lagu Jump pada Julai tahun lalu sebelum memulakan Jelajah Dunia Deadline mereka yang tiketnya habis dijual pada musim panas yang sama.
Kini, mereka bakal mengeluarkan satu lagi album mini dengan nama yang sama pada 27 Februari depan. – BOOM!





![[V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2022/11/WhatsApp-Image-2022-11-11-at-11.26.09-PM-350x250.jpeg)



