Bintang Lord of the Rings (LOTR), Sean Astin mahu membantu Tylor Chase keluar dari hidup gelandangan susulan video tular yang memaparkan keadaan bekas pelakon Nickelodeon itu dalam keadaan tidak terurus baru-baru ini.

Menurut pelakon Daniel Curtis Lee, Astin yang juga Presiden Screen Actors Guild‐American Federation of Television and Radio Artists (SAG-AFTRA) telah menghubungi Chase dan mahu bertemu dengannya.

Lee berkata pertemuan itu diharapkan dapat memberi dorongan kepada Chase untuk mempertimbangkan bantuan dan keluar dari hidup gelandangan.
Untuk rekod, Astin membawakan watak sebagai hobbit bernama Samwise Gamgee – sahabat karib kepada Frodo Baggins dalam LOTR.

Lee juga mengambil langkah untuk membantu Chase dengan menyediakan penginapan sementara, makanan dan rawatan.
“Tylor Chase dan Cookie bersatu semula. Selamat dari hujan dan kami dapatkan hotel! Satu langkah lebih dekat kepada rawatan jangka panjang,” katanya dipetik TMZ.

Ketika ini, Chase yang hidup sebagai gelandangan di California Selatan, AS juga didakwa sedang bergelut dengan ketagihan bahan terlarang. -Boom!









