Perbicaraan kes amang seksual melibatkan penyanyi tempatan, Naim Daniel ditangguhkan ke bulan Mac dan April depan.

Peguam Naim Daniel, iaitu Mohd Irwan Sumadi, memaklumkan bahawa mahkamah telah melapangkan kes bicara hari ini.
“Kes bicara telah dilapangkan oleh mahkamah. Tarikh bicara baru adalah 31 Mac dan 1 hingga 3 April 2026,” katanya dipetik Kosmo.

Mohd Irwan menambah bahawa beliau percaya sistem kehakiman akan memberikan keadilan kepada semua pihak terlibat.
Pada 17 Jun lalu, Naim dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Petaling Jaya atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Perbuatan itu dikatakan berlaku pada 19 Mei lalu.
Bagaimanapun, Naim mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.

Kes dikemukakan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. –Boom!










