Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi, menarik perhatian ramai selepas berkongsi beberapa komen netizen mengenai anaknya, Marissa Dania, di Instagram baru-baru ini.
Antara komen yang dipaparkan adalah nasihat supaya Marissa memulakan kehidupan baharu tanpa memilih jalan hidup berpoligami.
Ada juga yang menegaskan, wanita muda sepertinya layak mengecap kebahagiaan sendiri tanpa bergantung pada kasih seorang lelaki yang sudah berkeluarga.
Malah, ada netizen yang menyifatkan kecantikan Marissa seharusnya diraikan dengan kehidupan yang lebih indah, bukan dengan memikul status isteri kedua.
Abby sendiri dilihat memberikan respon ringkas terhadap komen-komen berkenaan.
Menurutnya, kata-kata netizen itu seakan mewakili isi hati dan perasaannya sebagai seorang ibu.
“Rasanya banyak yang mahu diceritakan, tapi biarlah komen-komen ini mewakili,” tulisnya.
Terdahulu, Marissa sah bergelar isteri kedua kepada Mohd Aslam selepas bernikah di Songkla, Thailand pada Disember 2023.
Pada waktu itu, Mohd Aslam sudah pun mempunyai seorang isteri, Umisya, serta dua orang anak. – BOOM!









