Isu panas membabitkan pelakon popular Anna Jobling dan ibunya terus menjadi tumpuan selepas tular dakwaan bahawa ibunya menerima perintah injunksi yang melarangnya mendekati Anna dalam jarak 100 meter.
Di tengah kekecohan itu, perhatian netizen turut beralih kepada pelakon dan model Haneesya Hanee yang pernah mempunyai konflik dengan Anna ketika era Dewi Remaja.
@haneesyahanee_Tak yg sekarang ni korang stalk tt aku sampai kebawah bawah dh kenapa korang cari apa sebenarnya
Ramai pengguna TikTok dilihat ‘menyerbu’ akaunnya, membuatkan namanya kembali jadi bualan.
Menyedari dirinya kini menjadi tumpuan, Haneesya memuat naik satu video di TikTok dengan kapsyen sinis.
“Stalk TT aku sampai ke bawah dah kenapa? Korang cari apa sebenarnya?”
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen meminta Haneesya “rampas semula takhta” sebagai pemenang Dewi Remaja dan memuji sikapnya yang dikatakan tidak pernah lupa asal usul meskipun sudah berjaya dalam industri seni.

Tidak kurang juga yang berpendapat apa yang berlaku kepada pihak satu lagi adalah kifarah terhadap apa yang pernah dilakukan kepada Haneesya. – BOOM!








