Penyanyi antarabangsa, Beyoncé kini secara rasmi menjadi seorang jutawan, hasil kejayaan jelajah konsert Cowboy Carter, hak katalog muzik, serta perniagaan peribadi melalui Parkwood Entertainment.

Penyanyi dan usahawan terkenal itu mula membina nama serta empayarnya pada 2010 apabila beliau mengasaskan Parkwood Entertainment, yang menguruskan banyak aspek kerjayanya termasuk produksi muzik dan filem.

Dalam temu bual pada 2013 semasa mempromosikan album bertajuk dirinya sendiri, Beyoncé menekankan kepentingan menguruskan kerjayanya sendiri untuk memastikan kawalan penuh, kebebasan membuat keputusan, dan memaksimumkan pendapatan peribadi.
“Apabila saya memutuskan untuk menguruskan diri saya sendiri adalah penting untuk saya tidak pergi ke mana-mana syarikat pengurusan besar. Saya ingin jadi seperti Madonna, memiliki empayar sendiri dan tunjukkan pada penyanyi wanita lain apabila sampai pada suatu tahap dalam karier, mereka tidak perlu mengikat kontrak dan berkongsi kejayaan dengan sesiapa,” katanya.

Keputusan itu membolehkan beliau mengawal sepenuhnya perjalanan kerjayanya dan memaksimumkan potensi pendapatan. Memetik laporan Forbes, jelajah Cowboy Carter mencatatkan keuntungan melebihi AS$400 juta (RM1.62 bilion) daripada jualan tiket sahaja.
Selain itu, Beyoncé turut mengaut keuntungan sekitar AS$148 juta (RM600 juta) daripada pelbagai sumber, termasuk jelajah, katalog muzik, persembahan dan perjanjian perniagaan.

Pencapaian ini menempatkan Beyoncé sebagai salah seorang penyanyi paling berjaya secara kewangan, sekaligus menunjukkan kekuatan dan visi dalam membangunkan empayar peribadi. -Boom!






![[V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2022/11/WhatsApp-Image-2022-11-11-at-11.26.09-PM-350x250.jpeg)



