Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Beto Angkat Wahid Pahlawan Terbilang, Mat Kilau Adunan Kemas Sejarah Dan Fiksyen

18/06/2022
Syarrizuan Rashidoleh Syarrizuan Rashid
in Ekstra, Selebriti
Beto Angkat Wahid Pahlawan Terbilang, Mat Kilau Adunan Kemas Sejarah Dan Fiksyen

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Melangkah kaki keluar dari panggung sebaik tamat tayangan perdana filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof semalam dengan gumpalan rasa bangga.

Belum sempurna, namun naskhah ini ada sentuhan istimewa yang wajar diberikan sokongan oleh penggemar filem tempatan.

Filem ini berjalan dengan pantas dan membuatkan penonton kekal dikerusi dengan momentum penceritaan serta aksi yang disusun hampir kemas.

Babak awal dengan menampilkan Ellie Suriaty percaturan bijak lebih-lebih lagi dengan kredibiliti lakonannya yang hebat dan meninggalkan kesan.

Aksi pelakon wanita yang sedang hangat disapa kontroversi itu menjadi antara perlambangan mengenai hala tuju filem ini.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “Mungkin Akan Jadi Filem Nombor 1 Kegemaran Aku” – ZhafVlog Puji Mat Kilau

Filem yang 70 peratus berdasarkan sejarah dengan 30 peratus suntikan fiksyen diadun dengan baik apatah lagi kebijaksanaan memilih barisan pelakon.

Beto Kusyairi selaku Wahid antara nyawa kuat dalam persembahan filem yang mengambil masa selama empat tahun pembikinan sebelum ditayangkan ini. (Termasuk faktor pandemik Covid-19)

Sebenarnya, sebaik menonton trailer pembukaan fikiran penulis sudah menangkap isyarat, Beto pasti cemerlang kerana ada momen yang sudah buat mata bergenang.

Ya, itulah Beto dalam semua naskhahnya. Komitmen tertinggi tanpa kompromi mengheret penonton sama ke alam filem itu dengan semula jadi.

Wahid watak rekaan rakan kepada Mat Kilau, sangat berkesan dipersembahkan. Lakonan, ucap kata dan ekspresi Beto dalam roh Wahid bersatu dengan kemas.

Mat Kilau bakal ditayangkan di pawagam pada 23 Jun 2022.

Bukan keterlaluan, tetapi ia hakikat malah penulis percaya ramai yang pasti setuju dengan lakonannya sebagai manusia pejuang bernama Wahid.

Beto menterjemahkan segalanya dengan sebaik mungkin. Seorang pahlawan, sahabat, suami, bapa dan orang Melayu yang tinggi prinsip.

Kemampuan Beto bermain dialog dengan pertukaran nada tegas kepada kasih sayang menangkap sukma penonton kala babak bersama Kiah, isterinya lakonan Zarina Zainoordin.

Kala ditanya media, Beto seperti selalu merendah diri dan berkata dia sentiasa berusaha memberikan yang terbaik.

“Saya lakukan seperti apa yang pengarah mahu. Alhamdulillah semuanya dengan izin-Nya,” katanya.

Fattah Amin juga layak dipuji dengan penampilan sebagai Awang. Graf lakonan arjuna hati Nur Fazura ini meningkat dengan baik dalam filem ini.

Dia membuktikan, layak bergelar antara aktor tahap hero dalam persada lakonan tempatan.

Datuk Adi Putra seperti selalu memberikan lakonan menarik serta berjaya muncul sebagai simetri kepada Mat Kilau.

Mat Kilau bakal ditayangkan di pawagam pada 23 Jun 2022.

Adi penuhi kriteria dan menghidupkan pahlawan Mat Kilau dalam filem ini dengan kemas dan berjaya.

Satu faktor penting ramuan utama kejayaan filem ini ialah barisan pelakon yang hebat dari sekecil watak sehingga ke peranan utama.

Nama-nama hebat antaranya seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Datuk Rahim Razali, Shaharudin Thamby, A. Galak, Wan Hanafi Su, Khir Rahman, Namron, Farah Ahmad dan Yayan Ruhian menjadi paku penngukuh filem ini.

Filem yang menggunakan binaan tiga set utama iaitu jeti, pasar dan gudang ini turut membabitkan lebih 300 pelakon tambahan.

Antara yang boleh diperbaiki ialah prop yang digunakan serta pakaian. Banyak prop yang jelas kelihatan terlalu baru lebih-lebih lagi apabila banyak zoom shot digunakan dalam filem ini.

Mana mungkin prop seperti tembikar, cerek, dulang dan peralatan niaga yang digunakan penduduk masih baru terutama ketika babak di pasar.

Jelas nampak bersih, cantik dan warna tidak pudar seperti baru beli di Nilai 3. Begitu juga baju yang dikenakan. Jelas jahitan moden mesin pada hari ini dapat dilihat.

Tudung yang dipakai oleh Kiah juga terlalu mendahului zaman. Rasanya belum wujud tudung sarung dan inner yang sebegitu ketika era Mat Kilau.

Hal-hal seperti ini tidak sepatutnya terlepas pandang apabila sudah mempunyai naskhah yang baik seperti Mat Kilau.

Akhirnya, melangkahlah dan tonton filem ini. Sebalik aksi hebat, adrenalin nasionalsme anda bakal mengalir deras. Pantas, percayalah bangsa kita memang terbilang.

Cumanya, lekas sedar, bangkit dan bersatulah serta berpegang teguh pada Allah. Kita bukan bangsa yang untuk dipijak-pijak.

Al-Fatihah buat Mat Kilau dan semua pahlawan Melayu yang berjuang bertarung nyawa mempertahankan kedaulatan bangsa dan bumi bertuah ini. – BOOM!

Previous Post

Sol Isytihar Perang | Kematian Ibu Diragui | Iqwan Cemerlang | Berkat Jumaat Avenys

Next Post

“Charissa Azzahra Dah Botak!” – Haziq Hussni Syukur Anak Ditahnik, Cukur Jambul

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taylor Swift, Travis Kelce Bakal Kahwin 13 Jun?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khairul Aming Buka Restoran Telan Kos RM4 Juta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Kekal Imej Serban Ikut Kesesuaian

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • BLACKPINK Umum World Tour! Ini Lokasi & Tarikh Yang Perlu Anda Tahu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jung Joon Pertahankan Cho Jin-woong

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Impian Beraksi Diiringi Orkestra Tercapai, Cakra Khan Wujudkan Kenangan Indah Di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adam AF Buat Comeback, Umum Fasa Muzik Lebih Matang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Cher Bakal Kahwin Lelaki 40 Tahun Lebih Muda

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd