Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Berjaga 12 Jam Pakai Baju Melayu, Cabaran Imsomniacks Rakam Video Muzik Lagu Raya

07/04/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Musik, Selebriti
Berjaga 12 Jam Pakai Baju Melayu, Cabaran Imsomniacks Rakam Video Muzik Lagu Raya

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pertama kali muncul dengan lagu raya sendiri, kumpulan Imsomniacks sempat berkongsi pengalaman ketika merakamkan video muzik mereka.

Kumpulan Imsomniacks yang dianggotai Syed Mir Iqbal (Iqie), Wan Arif Iskandar (Iskandar), Gavin Wong (Gavin) dan Danial Lee Hashim (Dan) akui penat namun, berpuas hati dengan hasilnya.

“Video muzik kami berkonsepkan sekumpulan kawan yang hendak pulang beraya di kampung.

“Pengalaman merakam video ini sangat menyeronokkan namun memenatkan juga kerana kami terpaksa berjaga dari jam enam pagi hingga enam petang. Bagaimana pun, hasilnya sangat memuaskan,” kata Iskandar.

Bagi Iqie pula, pasukan penerbitan sangat santai dan mereka sangat selesa sepanjang penggambaran dan berharap dapat bekerjasama lagi.

“Hanya ada satu cabaran untuk menyiapkan klip video ini, iaitu cuaca Malaysia yang sangat panas.

“Apatah lagi kami terpaksa memakai baju Melayu semasa penggambaran. Jadi memang berasa panas semasa beraksi di depan kamera,” katanya.

IQIE

Lagu sempena Aidilfitri yang berjudul ‘Lagu Raya’ itu dicipta oleh penyanyi kelahiran Indonesia, Yuka Kharisma.

Selain itu, ini adalah kali pertama kumpulan Insomniacks tidak terlibat dalam penulisan karya mereka sendiri.

“Oleh kerana lagu ini dicipta sepenuhnya oleh Yuka, kami hanya perlu memasukkan vokal sahaja.

“Proses rakaman berjalan dengan sangat lancar dan kami hanya perlukan sekitar 20 hingga 30 minit sahaja untuk menyelesaikannya.

“Kami senang bekerja dengan Yuka dan ingin mengucapkan terima kasih kerana memberikan karya ini,” kata Iqie.

Katanya lagi, Lagu Raya merupakan sebuah lagu yang sangat mudah diingati dan mempunyai harapan untuk menjadi sebuah lagu tular di era ini.

“Secara peribadi, saya rasa ini adalah lagu raya yang paling senang untuk dihafal dan dipelajari.

“Malah, sekiranya ada pelajar yang perlu membuat persembahan sempena Hari Raya, lagu ini sangat sesuai untuk didendangkan. Ia begitu mudah namun sangat menghiburkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Imsomniacks sempat menitipkan ucapan raya buat para peminat mereka.

“Sempena dengan Aidilfitri yang akan datang, kami Insomniacks, ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua peminat kami dan semoga anda terhibur dengan Lagu Raya kami ini,” bingkas Iskandar
menutup bicara.

 

Lagu Raya boleh didengari di semua digital platform seperti Spotify, Apple Music, KKBOX, Deezer dan YouTube Music mulai 7 April jam 12 tengah malam, manakala video muziknya pula boleh ditonton di laman YouTube Insomniacks – BOOM!

Previous Post

[V] “Jarang Nampak Dia Tunjuk Harta Peribadi” – Beli SUV Mewah, Shukri Yahaya Raih Pujian

Next Post

A Aida Serik Dengan Sikap Amelia Henderson – “Saya Blacklist Dia Seumur Hidup, No More”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kedai Lempeng RM1 Tauke Jambu Sesak Pelanggan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Katy Perry Umum Berpacaran Dengan Justin Trudeau

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Dia Cantik” – Identiti Bakal Isteri Kim Jong-kook Didedahkan?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon The Brutalist Mengaku Selektif Lepas Menang Oscar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kontroversi Rekod Lampau, Cho Jin-woong Umum Bersara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Difitnah Tukar Agama, Daiyan Minta Laporkan Akaun Palsu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Antagonis Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Lah, Poster Pun Plagiat?” – Filem Gadis Jolobu The Movie Teruk Dikritik Penonton

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Iklan Akhbar Tak Jalan, Bekas Suami Raja Azura Gagal Dikesan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra, Ezwan Nikah 12 Disember

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • G‑Dragon Dikritik Selepas Persembahan MAMA Awards 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penantian 8 Tahun Berakhir, Indah Ruhaila Bakal Timang Cahaya Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Keputusan Rayuan Kes Rogol Da’i Syed Dijangka 23 Januari 2025

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Atu Mengaku Dua Tahun Tak Bertegur Sharif Zero

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Miley Cyrus Bertunang Dengan Maxx Morando

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hilang Dari Radar Hiburan, Juliana Banos Pilih Keluarga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tiz Zaqyah Syukur Persiapan Nikah Dengan Jejaka Setaman Dipermudahkan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Kongsi Momen Lucu Jadi ‘Mak Pengantin’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Banos Muncul Di GenKRU The Finale Demi Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dafi Dedah Jadi Mangsa Kecam Badan Hingga Menangis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bella Astillah Sedia Hadir Majlis Bekas Suami

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd