Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Berduet Dengan Bapa Tiri, Wanna Ali Jaga Batas – “Kami Profesional”

19/10/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Musik, Selebriti
Berduet Dengan Bapa Tiri, Wanna Ali Jaga Batas – “Kami Profesional”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Aktres Wanna Ali akui bersikap profesional apabila bergandingan dengan bapa tirinya, Aiman Ismail, dalam single terbaharu berjudul Bukan Sekadar Lafaz.

Mengulas kolaborasi julung kalinya bersama Aiman, Wanna menganggap kerjasama di antara mereka berdua sepanjang proses rakaman dilaksanakan secara profesional, malah tidak risau jika timbul persepsi negatif daripada pihak luar.

“Lirik lagu ini berkisar tentang hidup ibu saya dan suaminya, Aiman. Disebabkan itu, dia mahu ahli keluarga terdekat yang menyanyikannya sebab dirinya bukan seorang penyanyi.

“Dalam keluarga, saya dan Aiman memang sudah lama menyanyi. Maka sebab itulah kami bersetuju untuk bekerjasama merakam lagu ini. Lagipun, ini permintaan ibu sendiri,” jelas Wanna.

Bercerita lanjut tentang lagu ciptaan penuh ibunya, penerbit dan pemilik produksi Pencil Pictures & Records iaitu Datuk Ayu Puteh, Wanna menjelaskan, lagu tersebut merupakan runut bunyi bagi drama lakonannya di slot Akasia TV3 yang menggunakan judul sama.

“Drama ini merupakan terbitan dan saya sebagai pelakon utamanya di sisi Alif Satar.

“Justeru itu, ibu mencipta sebuah lagu baharu untuk dijadikan lagu tema rasmi drama ini yang kini sedang bersiaran di TV3,” ujarnya.

Sementara itu, Aiman ketika diminta mengulas berpendapat, kolaborasinya bersama Wanna tidak perlu dijadikan isu besar sementelah mereka tahu menjaga batas masing-masing.

Katanya, memahami rasa dan inti lagu itu sahaja sudah cukup profesional, tambahan pula karya tersebut adalah sesuatu yang istimewa hasil nukilan isteri dicintai.

“Sudah lapan tahun saya hayati lirik ini sejak berkahwin dengan Ayu. Bahkan, Wanna pun tahu betapa bermaknanya lagu Ini buat saya,” ujar Aiman yang sebelum ini pernah muncul dengan debut bertajuk Cintamu Palsu pada 2015.

Tambah Aiman lagi, bercerita pengalamannya sewaktu proses rakaman suara, tidak dinafikan dirinya sedikit kekok menjiwai lagu tersebut ketika berdepan dengan Wanna.

“Nak tak nak, saya dan Wanna kena profesional. Kami tetapkan niat, rakam lagu duet ini adalah untuk runut bunyi drama Bukan Sekadar Lafaz.

“Di samping itu, bagi menghilangkan rasa canggung, saya tatap wajah isteri yang sememangnya sentiasa berada di sisi kami semasa proses menyiapkan lagu ini,” katanya.

Justeru, Wanna dan Aiman berharap, penyatuan kedua-dua mereka di dalam sebuah lagu dapat diterima secara positif serta tidak perlu mengaitkannya dengan sesuatu perkara negatif. – BOOM!

Previous Post

[V] Sophia Albarakbah Nafi Dipulau Rakan Artis – “Mungkin Saya Yang Introvert…”

Next Post

Dituduh Hamilkan Wanita Dan Suruh Gugur Kandungan, Aniq Suhair Bakal Ambik Tindakan Undang-undang – “Berniat Jahat…”

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boyband Baharu Simon Cowell, December 10 Dikecam Peminat BTS

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Uqasha Dakwa Kamal ‘Naik Tangan, Kaki’ Sepanjang Kahwin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Paul Pierce Dakwa Kim Kardashian Cetus Obsesi Pembedahan Plastik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Aktif Kerja Walaupun Kandungan Masuk Trimester Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Tular Isu Tukar Agama, Marshanda Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd