Pada 22 Jun lalu, penyanyi Wendy dari kumpulan Red Velvet mencuri tumpuan ramai apabila tampil melempar bola pertama dalam acara ceremonial untuk pasukan Lotte Giants di Korea.
Mengenakan jersi biru muda rasmi pasukan dan jeans, kemunculan Wendy menjadi perhatian seluruh stadium.

Namun, bukan hanya lemparannya yang menjadi sorotan. Sebaliknya, penampilan fizikalnya yang dilihat jauh lebih kurus berbanding sebelum ini mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial.
Foto-foto Wendy segera tular, dengan ramai netizen menyuarakan rasa terkejut dan tidak mengenalinya pada pandangan pertama.
Ada yang memuji penampilannya yang langsing dan bergaya, tetapi tidak kurang juga yang meluahkan kebimbangan terhadap keadaan kesihatannya.
Sesetengah netizen turut membuat spekulasi sama ada perubahan drastik tersebut melibatkan prosedur pembedahan plastik, walaupun tiada kenyataan rasmi daripada Wendy atau agensinya.

Perdebatan antara peminat dan netizen terus hangat di platform media sosial, membincangkan sama ada perubahan fizikal Wendy itu hasil daripada usaha diet ketat atau sesuatu yang lebih membimbangkan. – BOOM!









