Pelakon Ben Amir berkongsi khabar gembira apabila seorang wanita yang dipercayai kekasihnya berasal dari Filipina mengucapkan kalimah syahadah di Instagram malam tadi.

Detik bersejarah itu dirakam berlangsung di Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Kuala Lumpur.

Dalam hantaran itu, wanita dipercayai bernama Maiya itu kelihatan manis berbaju kurung manakala Ben Amir tampin dengan baju Melayu.

Ben Amir atau nama asal Muhammad Amir Sabaruddin turut menitipkan pesanan istimewa buat kekasihnya selepas selesai prosedur pengislaman tersebut.

“Selamat datang ke agama Islam. Ambillah masa untuk belajar perlahan-lahan dan hayati keindahannya. Ketahuilah, kamu tidak pernah bersendirian. Banyak kasih sayang untukmu dan semoga Allah sentiasa melindungi. Semoga perjalanan ini membawa kamu lebih dekat kepada ketenangan, tujuan hidup dan diri sebenar,” katanya. -Boom!









