Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Belum Layak Digelar Jutawan Muda” – Iman Troye Raih Pendapatan RM1 Juta

03/11/2021
Mimi Hadidoleh Mimi Hadid
in Ekstra, Exposé, Hiburan
“Belum Layak Digelar Jutawan Muda” – Iman Troye Raih Pendapatan RM1 Juta

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Mendakap nikmat populariti adakalanya mudah, namun untuk kekal relevan di persada industri hiburan tidak semudah yang disangka.

Bagi pendatang baharu pentas seni suara tempatan, Iman Troye, dia berjaya menambat hati pendengar dengan seleksi lagunya yang lebih segar.

Terkini, Iman atau Siti Nur Alyssa Sahabudin, 19, sekali lagi mengulangi kejayaan debut Teman apabila single baharunya, Nang meraih jutaan tontonan dalam masa enam hari saja sejurus dilancarkan.

Katanya kepada Boom!, ia merupakan satu pencapaian peribadi yang di luar jangkaan.

“Trek rekod ini amat luar biasa. Sungguh saya tak mampu nak berkata-kata selain bersyukur ke hadrat Ilahi atas setiap limpahan rezeki-Nya.

“Apatah lagi kesemua lagu dikeluarkan dalam tempoh pandemik dan kita sedia maklum pasaran produk seni terjejas serta tidak menentu.

“Justeru, pastinya saya harus berterima kasih kepada semua pihak terlibat yang menjadikan ia satu kenyataan,” ujarnya yang turut mencatat kecemerlangan menerusi lagu raya berjudul Pejam Celik Hari Raya.

Mengulas lanjut perihal Nang yang mula diperdengarkan sejak 15 Oktober lalu, karya berkenaan adalah terbitan XO House dengan kerjasama Universal Music.

Video klipnya pula dimuat naik ke laman YouTube seminggu selepas itu dan sehingga kini merekod 1.5 juta tontonan yang melayakkannya diiktiraf dengan 4X Platinum bersamaan pendapatan RM1 juta.

“Ramai yang anggap saya dah jadi jutawan. Namun secara peribadi, kejayaan tidak diukur dari segi wang ringgit yang bersifat sementara, tetapi ketahanan bernafas dalam industri.

“Saya masih merangkak lagi dan banyak kesilapan yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Setiap hari saya berusaha lakukan yang terbaik,” katanya yang ditemui pada Majlis Pelancaran 2 Juta Bangkit Belajar dan Lagu Nang baru-baru ini. – BOOM!

Previous Post

[VIDEO] “Setiap Genre Ada Magis” – Muzik Rap Selamatkan Hidup Killa Driz

Next Post

“Apalah Sangat Nilai Sebuah Kereta” – Nana Mahazan Hadiahkan SUV Buat Ibu Bapa

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Puji Keberanian Saiful Apek Selamatkan Nyawa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vida Muncul Single Baharu, Lagu Happy

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selena Gomez Nafi Tumbuh Misai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira Terkejut Timbul Dakwaan Datuk Red Fail Pengesahan Rujuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vin Diesel Umum Cristiano Ronaldo Muncul Dalam Fast X: Part 2

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘Bermuzik Perlu Jujur, Bukan Pura-Pura Gembira’ – Black

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Uqasha Dakwa Kamal ‘Naik Tangan, Kaki’ Sepanjang Kahwin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd