Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan pelakon dan penyanyi Bella Astillah sebagai seorang wanita besi yang gigih mencari rezeki dan mempunyai jadual kerja lebih padat berbanding dirinya.
Syed Saddiq, 32, berkata beliau selesa bekerjasama dengan Bella kerana mengenali sisi lain selebriti itu yang tidak ramai tahu.
“Setakat ini sangat selesa bekerja dengan Bella. Saya kenal dia sebagai seorang wanita besi yang sentiasa bekerja keras.
” Seawal pagi dia sudah bekerja dan perkara itu tidak mudah.
Mungkin orang lihat dan kenal dia daripada lensa media dan dunia hiburan semata-mata.
“Tapi saya lebih mengenalinya, jadual kerja saya mungkin padat dengan kerja hakiki sebagai Ahli Parlimen tetapi saya rasa dia lebih sibuk,” katanya pada majlis pensijilan halal Thong Bowl cawangan IOI Putrajaya, baru-baru ini.
Mengulas mengenai kemungkinan Bella terjun ke dunia politik, Syed Saddiq menyerahkan perkara itu kepada pelakon berusia 30 tahun itu sendiri.

“Kita semua ada kemahiran, kepakaran dan lebih penting memiliki minat masing-masing. Saya rasa Bella sudah selesa dalam dunianya.
“Dalam dunianya, Bella sudah berkhidmat kepada masyarakat dan melakukannya sebelum saya.
“Mungkin ramai tidak tahu sebab setiap kali saya jumpa orang kampung, mereka beritahu Bella sudah banyak kali ke kawasan itu.
Jadi sama ada Bella nak masuk politik atau tidak, itu adalah hak dia,” jelasnya.
Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq sebelum ini kerap turun padang bersama, termasuk menghulurkan bantuan kepada masyarakat di kawasan pedalaman seperti di Semporna, Sabah. – BOOM!
Sumber: Hibglam









