Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, berjaya membawa pulang sumbangan RM1 juta untuk kebajikan rakyat di kawasannya selepas melakukan cabaran acara sukan lasak Ironman di Langkawi baru-baru ini.

Bekas Menteri Belia dan Sukan berusia 32 tahun itu menyahut cabaran daripada syarikat fesyen tempatan, Prima Valet (PV), yang menawarkan RM1 juta kepada penduduk Muar sekiranya beliau berjaya menamatkan perlumbaan dalam tempoh kurang daripada 13 jam.
“Saya melakukan ini untuk Muar. RM1 juta bantuan kebajikan dibuka dan cabaran dipenuhi,” katanya di Instagram.

Syed Saddiq turut memaklumkan bahawa perlumbaan kali ini amat mencabar, namun berbangga apabila berjaya memperbaiki masa peribadi daripada 13 jam 13 minit pada 2024 kepada 12 jam 22 minit tahun ini.

Istimewanya, Bella Astillah hadir memberikan sokongan bersama dua anaknya, Ayden Adrean dan Ara Adreanna, sehari selepas mereka menyertai Iron Kids Langkawi 2025. -Boom!









