Nama Bella Astillah sekali lagi jadi tumpuan selepas diumumkan sebagai penyampai baharu ERA FM. Bermula 22 September, Bella akan mengendalikan segmen pagi popular “3 Pagi ERA” bersama barisan penyampai lain. Perlantikan ini pantas mencuri perhatian kerana stesen radio terkenal itu memilih seorang selebriti penuh kontroversi dan sensasi untuk menguatkan jenama mereka.

Netizen terbahagi dua. Ada yang teruja mahu mendengar celoteh Bella secara langsung di udara, manakala ada yang skeptikal sama ada Bella mampu mengendalikan cabaran dunia radio. Namun, ramai juga berpendapat kehadiran Bella strategi pintar ERA untuk menarik demografi pendengar muda yang sering mengikuti kisah peribadinya di media sosial.

Dengan populariti luar biasa serta persona glamornya, Bella dijangka membawa nafas baharu kepada ERA FM. Satu perkara pasti, pagi anda kini akan lebih panas dengan suara dan aura Bella Astillah di corong radio. – BOOM!









