Bella Astillah, pelakon dan penyanyi Malaysia, menjelaskan kesediaannya menghadiri majlis perkahwinan bekas suami jika dijemput.

Soalan tersebut diajukan oleh penyampai radio ERA FM, Radin, yang ingin mengetahui pendirian Bella terhadap isu yang kerap menjadi perhatian.

Menurut Bella, kehadirannya ke majlis sebegitu bergantung kepada hubungan dengan keluarga bekas pasangan serta keikhlasan jemputan tersebut.
“Selagi niat kita baik dan niat dia pun baik untuk menjemput, sebab itu pentingnya silaturahim. Kalaulah Bella dengan ahli keluarga dia masih baik pada Bella, apa salahnya menghadiri majlis tersebut,” ujar Bella.

Namun begitu, Bella menegaskan dia tidak akan hadir sekiranya hanya menerima jemputan daripada bekas suami tanpa penglibatan ahli keluarganya.
“Tapi kalau hanya dia saja yang jemput, bukan ahli keluarga dia yang menjemput, Bella rasa tiada keperluan kot” ujar Bella

Terdahulu, Bella bercerai dengan Aliff Aziz selepas melalui pelbagai kontroversi rumah tangga.
Bella menekankan bahawa hubungan keluarga dan keikhlasan adalah keutamaan dalam membuat keputusan sebegini. –Boom!









