Nama Bella Astillah sekali lagi menjadi bualan panas apabila isu promosi produk tersenarai boikot menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen. Menyedari gelombang kecaman itu, Bella akhirnya tampil menjernihkan keadaan.

Beliau dilihat tenang mengakui kesilapan dan memahami sepenuhnya kekecewaan orang ramai. Menurut Bella, tindakan netizen yang lantang bersuara adalah sesuatu yang wajar, kerana jika berada di tempat mereka, beliau sendiri mungkin akan merasai perkara sama.

Menariknya, Bella turut mendedahkan bahawa promosi berkenaan sebenarnya diatur oleh pihak pengurusan. Namun begitu, dia tidak menolak tanggungjawab, sebaliknya memohon maaf sepenuh hati dan berjanji memperbaiki diri agar tidak mengulangi kesilapan serupa.

Langkah berani itu mendapat pelbagai reaksi, dengan sebahagian warganet berharap Bella terus konsisten membuktikan keikhlasannya dan belajar daripada pengalaman ini.
— BOOM!









