Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Bella Astillah Mengaku Aktres Kacau Suami – “Dia Mesej, Mengaku Bodoh Sebab Tersuka Suami Saya…”

30/01/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Ekstra, Selebriti
Bella Astillah Mengaku Aktres Kacau Suami – “Dia Mesej, Mengaku Bodoh Sebab Tersuka Suami Saya…”

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah akhirnya mengakui suaminya, Aliff Aziz diganggu seorang aktres wanita yang sedang bergandingan dalam sebuah drama bersama suaminya itu.

Bella berkata, aktres wanita tersebut terlalu berani sehingga sanggup menghantar mesej kepadanya mengakui suka kepada Aliff.

“Ya baru-baru ini, memang ada masalah. Jadi saya bagi amaran. Sudah tentu langkah pertama saya adalah bertanyakan suami terlebih dahulu. Tapi saya tengok hari-hari ada ‘missed call’ dan sebagainya yang saya rasa tidak perlu. ‘Missed call’ sampai tujuh, lapan kali.

“Saya tak tahu nombor telefon siapa. Saya bertanya mengenai nombor terbabit dari seorang rakan artis dan memang betul, itu nombor pelakon wanita tersebut. Saya sangat marah kerana saya sendiri pernah berlakon dengan suami orang.

“Saya bergandingan dengan Zamarul Hisham dalam Aku Tanpa Cintamu. Saya tak pernah berhubung dengan dia secara langsung, kecuali di set penggambaran. Jika ada apa-apa pun, semua WhatsApp atau panggilan telefon akan dilakukan menerusi isteri Zamarul, pelakon Diana Rafar. Tiada keperluan untuk saya hubungi dia.

“Jadi apabila sampai tujuh, lapan ‘missed call’, saya tak nampak sebab itu. Dia berikan mesej kepada saya. Dia minta maaf, dia katakan dia bodoh kerana dia telah tersuka dengan suami saya.

“Dia mesej di WhatsApp saya ‘non stop’, dia kata dia mahu jadi kawan saya. Dia sangat berani, sebab itu saya sampai ke tahap untuk membuat hantaran di Instagram. Kalau dia menjalani penggambaran dengan pelakon bujang, tak apa, pergilah, nak telefon hari-hari ke, nak keluar berdua ke, tak ada siapa akan marah,” jelas Bella.

 

Bella bersama suaminya, Aliff Aziz.

 

Bagaimanapun kata Bella, tujuan dia memuat naik hantaran menyindir wanita berkenaan kerana trauma kejadian lama berulang kembali.

“Hantaran saya di Instagram itu adalah kerana saya risau kejadian lama berulang kembali. Sebagai isteri, saya ada perasaan trauma. Syukur, Aliff alami banyak perubahan selepas kami rujuk kembali.

“Hantaran itu saya tujukan kepasa seorang pelakon wanita. Selepas Aliff buat kemunculan semula, dia banyak bergandingan dengan heroin lain seperti Nad Zainal dan Intan Najuwa, ketika itu memang tak ada apa-apa pun.

“Suami dah beri penjelasan kepada saya. Kita sudah berbincang secara matang. Tak macam dulu, sering bergaduh. Kalau orang cakap, kena marah suami dahulu, sudah tentu saya sudah memarahinya, tapi jika setiap hari dia nak mendekat, dia nak hubungi, dia nak cari, itu sudah ‘sesuatu’.

 

Bella masih trauma kejadian lama berulang kembali.

 

“Harapan saya, jika kita nak bekerja, kita kena betulkan niat. Kita mencari rezeki, kita nak kembangkan bakat kita, nak kongsi kebaikan. Jika ramai sangat orang bercakap tidak baik mengenai anda, mesti ada ‘sesuatu’.

“Saya harap selepas ini, bila kita tahu individu itu suami orang, kita kena berwaspada, jaga batas, biar orang hormat diri kita sebagai wanita.

“Begitulah saya bawa diri saya sebagai seorang wanita kerana saya tahu orang memerhatikan dan status saya sendiri sebagai isteri orang. Sama juga seperti Aliff, jadi saya harap tak ada lagi cerita yang tak baik,” katanya.

Terdahulu Bella memuat naik hantaran di IG Stories mengenai wanita yang suka mencuba suami orang dengan petikan kata-kata; “Awak bukan pelacur? Jadi awak menawarkan diri untuk melacur? – BOOM!

Sumber: xtra

Previous Post

[V] Fizo Omar Bakal Timang Anak Lagi – “Beza 11 Bulan Je… Kilang Bukak Terus Produce!”

Next Post

Insiden Diserang Madu, Fyna Jebat Enggan Komen Serahkan Kepada Pihak Berwajib

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kekasih Bella Hadid Ditangkap Kerana Mabuk Di Tempat Awam

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Seth Meyers Sindir Trump Isu ‘Ponteng’ Super Bowl

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Mesej Nak Jadi Bini.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Agensi Kim Seon Ho Tampil Jawab Isu Skandal Pengelakan Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Remy Ishak Alami Keretakan Tulang Rusuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd