Industri hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan berita pemergian pelakon Lee Seo Yi, 43, yang disahkan meninggal dunia pada 20 Jun lalu.
Namun, berita tersebut hanya dikongsi kepada umum selepas lebih seminggu.
Berita duka itu dimaklumkan oleh pengurus mendiang, Song Seo Bin, menerusi satu hantaran di Instagram. Beliau memohon agar peminat mendoakan kesejahteraan pelakon itu di alam sana.
“Saya menulis ini untuk memberitahu anda yang Seo Yi sudah pergi buat selamanya pada 20 Jun lalu.
Saya tahu anda semua pasti terkejut dan sedih dengan berita pemergiannya, tetapi tolong doakan agar mendiang berada di tempat yang indah,” tulisnya.
Namun begitu, punca kematian serta lokasi pengebumian pelakon itu tidak didedahkan oleh pihak pengurusan.
Lee Seo Yi memulakan kerjaya lakonannya menerusi drama sejarah Hur Jun, The Original Story pada 2013.
Beliau juga pernah membintangi filem The King dan Killing Romance, serta drama seperti Cheongdam-dong Scandal.

Pemergian pelakon ini nyata mengejutkan ramai pihak, apatah lagi berita mengenainya hanya diketahui selepas seminggu berlalu. – BOOM!










