Pelakon dan penyanyi, Cat Farish, berkata, kedai Cekopis diusahakan bersama isteri, Shikin Maembong terpaksa ditutup sejak lebih dua bulan lalu.

Cat, 51, berkata, antara alasan kedai itu ditutup kerana mereka mengalami gangguan pelik sewaktu berniaga.
Beliau mendedahkan bahawa kedainya tiba‑tiba dipenuhi lalat dan muncul bau aneh seperti bunga, yang menimbulkan ketidakselesaan.
“Pernah berlaku apabila kami masuk kedai tiba-tiba ada banyak lalat dan macam bau bunga rampai (mawar),” katanya.

Selain itu, Cat atau nama sebenarnya, Farish Ramli, berkata, kedainya kurang mendapat perhatian kerana kedai sekeliling tutup, menjadikan kawasan lorong sunyi dan tidak menarik pelanggan.

Beliau turut berkongsi cabaran bersama isterinya menyebabkan konflik dan ketegangan dalam urusan bisnes mereka.

Susulan penutupan kedai, Cat dan Shikin merancang untuk membuka galeri lukisan, memberi tumpuan sepenuh masa kepada bidang seni.
Shikin berkata, apabila sudah tidak berniaga Cekopis, dia kini kembali melukis sepenuh masa dan menjual lukisan. –Boom!









