Banglo dipercayai milik pelakon Rebecca Nur Al-Islam dan bekas suami, Datuk Nur Azam Sulaiman berjaya dilelong dengan harga RM2.92 juta di Mahkamah Tinggi Shah Alam semalam.

Rumah tersebut berjaya dilelong hanya beberapa hari selepas diumumkan di media sosial.
Pelelong berlesen Ishaq Marazi memuat naik hantaran di Facebook mengenai sebuah banglo tiga tingkat yang dikatakan milik Rebecca berjaya dilelong.

Ishaq mendakwa Rebecca dan bekas suaminya telah dua tahun gagal membayar komitmen bulanan rumah tersebut.
Katanya, beliau hanya berurusan dengan pihak bank berhubung lelongan itu.
“Saya tidak buat urusan dengan mereka, sebaliknya saya berurusan dengan pihak bank. Disebabkan bank sudah tarik dan mereka tak bayar, jadi pihak bank bagi senarai kepada kami untuk urusan lelong,” katanya dipetik Mstar.

Terdahulu, Rebecca membayangkan perkahwinanya sudah berakhir selepas 18 tahun hidup bersama Nur Azam.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan enam orang anak hasil perkahwinan tersebut. –Boom!









