Pasangan selebriti dan juga penyanyi Ayda Jebat, 33, dan Nabil Mahir, 37, selamat menimang cahaya mata ketiga mereka.

Berita itu dikongsi oleh adik kepada Ayda Jebat iaitu Sabira Jebat melalui aplikasi Threads.
Rata-rata pengguna aplikasi itu mengucapkan syukur atas kelahiran bayi berkenaan.
Bagaimanapun, Ayda Jebat dan Nabil Mahir belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kelahiran ketiga mereka ini.

Untuk rekod, Ayda Jebat dan Nabil Mahir berkahwin pada tahun 2021 dan terlebih dahuku dikurniakan dua orang anak iaitu Ana Nayla, 5, dan Aali Mateen, 3. -BOOM!









