Filem “3 Hajat” bukan sahaja menyentuh hati dengan jalan ceritanya yang penuh emosi, malah turut mempersembahkan dua lagu baharu yang menjadi pelengkap kisah. Salah satunya ialah lagu “Ayah Pergi” dendangan penyanyi R&B, Nine, yang sebelum ini pernah menganggotai kumpulan popular Phyne Ballerz.

Nyanyian syahdu Nine benar-benar menyentuh jiwa penonton, terutama apabila beliau menyebut “Ayah” di penghujung lagu. Momen itu membuat ramai yang menonton tidak dapat menahan sebak kerana mengingatkan mereka tentang pengorbanan bapa masing-masing.

“3 Hajat” kini sedang ditayangkan di 74 pawagam seluruh Malaysia dan Brunei. Reaksi awal penonton cukup positif, malah ramai memberi markah 8 hingga 9 daripada 10, tanda karya ini berjaya menyentuh hati mereka.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keunikan filem ini. Jom ke pawagam. – BOOM!









