Jisoo, anggota kumpulan sensasi global BLACKPINK, sekali lagi membuktikan dirinya layak digelar ‘Miss Dior’ apabila terpampang di muka hadapan majalah Marie Claire Korea edisi September.
Dalam penggambaran eksklusif ini, Jisoo mempersembahkan koleksi solekan Miss Dior 2025 Limited Edition dengan tiga gaya ikonik iaitu Wild Beige, Shocking Pink, dan Bold Black.

Setiap penampilan diserlahkan dengan gincu Rouge Dior On Stage yang memukau, dipadankan bersama busana hitam berani yang menambah aura elegan dirinya.
Koleksi Miss Dior 2025 Limited Edition kali ini turut menampilkan 18 item baharu, menjanjikan sentuhan glamor dan mewah kepada para penggemar jenama tersebut. – BOOM!









