Nama pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura sekali lagi mencuri perhatian di Threads apabila berdepan dengan komen berbaur sindiran daripada seorang individu.
Individu berkenaan mempersoalkan tindakan netizen yang sering mengkritik Fattah Amin jika gagal menunaikan janji.
Namun apabila Fazura berkongsi momen mengemas pakaian anaknya, Nur Fatima Aisya, untuk percutian ke Disneyland, ramai pula yang bersimpati dan memuji usahanya sebagai seorang ibu.
Komen bernada sinis itu nyata menimbulkan rasa kurang senang apabila gaya bahasanya dianggap biadab.
Fazura bagaimanapun memilih untuk tidak melatah.
“Astaghfirullah bahasa. Mengata siapa ni?” komen Fazura.
Jawapan ringkas tetapi penuh makna itu menerima pujian ramai kerana Fazura kekal berhemah ketika berdepan provokasi.
Menariknya, selepas balasan tersebut tular, individu berkenaan dilihat memadam komen sindirannya. – BOOM!










