Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Artis Popular Sumbang Barangan Peribadi Sokong Sudut Infak Car Boot Sale DXN Cyberville

22/02/2023
Abang Deeoleh Abang Dee
in Ekstra, Selebriti
Artis Popular Sumbang Barangan Peribadi Sokong Sudut Infak Car Boot Sale DXN Cyberville

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Berkongsi kegembiraan dan rezeki dengan yang memerlukan menjadi matlamat utama ruangan infak diperkenalkan pada pengajuran jualan Carboot Sale DXN Cyberville di Cyberjaya yang bakal berlangsung pada 26 Februari ini.

Lebih bermakna apabila usaha itu mendapat sokongan daripada tiga artis popular iaitu Ayda Jebat, Izreen Azminda dan DJ Lin.

Kesemua mereka menyumbangkan barangan peribadi untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan dan boleh didapati sempena jualan yang akan berlangsung Ahad ini.

Pelakon dan penyanyi Ayda berkata, dia melihat usaha yang diperkenalkan itu sebagai langkah baik bagi menyalurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

“Sebaik ditanya saya terus bersetuju kerana ia bertujuan baik dan banyak mainan anak saya yang masih dalam keadaan baik untuk dikongsikan.

“Saya juga percaya tidak salah kita kongsikan kegembiraan dan menyumbangkan barangan asal ia masih dalam keadaan baik,” katanya penyanyi lagu Pencuri Hati itu.

Ayda Jebat

Bagi penyampai radio Suria FM DJ Lin, lebih baik berkongsi koleksi baju yang masih dalam keadaan sempurna buat sesiapa saja yang berminat.

Dia bersyukur kerana diberikan peluang untuk sama-sama menyumbang pakaian yang masih baik, malah ada yang belum dipakai untuk ruangan infak berkenaan.

“Saya puji usaha yang diperkenalkan kerana ia menjadi saluran untuk selebriti seperti kami berkongsi apa yang mampu dengan peminat serta mereka yang memerlukan,” katanya yang sedang sibuk dengan siri Jelajah Suria.

DJ Lin

Dalam pada itu, pelakon Izreen Azminda turut menyumbang barangan bayi untuk Infak Corner. Menurut Izreen yang merupakan ibu kepada tiga orang anak, inisiatif seperti ini cukup baik kerana dapat membantu golongan kurang bernasib baik.

“Bagi saya inisiatif mengadakan Infak Corner di acara Car Boot Sale ini satu langkah yang baik. Selain pengunjung boleh membeli-belah, mereka yang kurang bernasib juga tidak pulang dengan tangan kosong.

“Kita yang menyumbang juga mendapat pahala. Jadi, saya menyeru orang ramai yang memiliki barangan tidak kira baharu atau terpakai yang masih dalam keadaan baik untuk turut menyumbang,” kata Izreen.

Disoal tentang sumbangannya, Izreen memberitahu kebanyakan barangan yang diberi kepada Infak Corner adalah barangan anak-anaknya.

“Saya baru saja berpindah rumah dan ketika berkemas baru saya sedar begitu banyak barangan anak yang tidak pernah digunakan. Mereka juga sudah agak besar jadi lebih baik saya sumbangkan kepada orang lain,” ujar Izreen.

Izreen Azminda

Mereka yang berminat juga boleh menyertai ruangan Infak Corner ini boleh hadir pada 26 Februari nanti sama ada sebagai penyumbang atau mahu mengambil barangan yang diperlukan.

Barangan yang diperlukan berupa pakaian dan makanan terpakai yang masih dalam keadaan baik atau baru serta makanan kering.

Selain Infak Corner, pelbagai aktiviti menarik disediakan pada acara Carboot Sale yang berlangsung dari pukul 1 tengah hari sehingga 8 malam, antaranya jualan makanan, minuman, barangan terpakai, aktiviti kanak-kanak persembahan artis popular, zumba BollyX.

Selebriti lain yang turut serta adalah Wanna Ali, Adzrin Adzhar, 4Forty dan Syed Ali.

Lebih menarik ahli parlimen Muar, YB. Syed Saddiq turut hadir pada sebelah petang sebagai tanda sokongan kepada acara ini.

Sebarang pertanyaan boleh dibuat menerusi maklumat lanjut di akaun Instagram @dxnbulletinofficial atau emel [email protected]. – BOOM!

Previous Post

Pretty Ugly Buat Comeback Menerusi Konsert Solo, Rai Ulang Tahun Ke-21 Dalam Industri Muzik

Next Post

“Lelaki Pun Perlu ‘Cantik’…” – PU Riz Buka Klinik Estetik Airiz Aesthetic Center

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Ramai Mesej Nak Jadi Bini.” – Faizal Hussein

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sampai Bila Nak Fitnah?” – Semakin Rapat Dengan Erra Fazira, Akhirnya Awie Dedah Hal Sebenar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Terima Kasih Semua!” – Luna Kritikal, Awal Ashaari Terharu Ramai Sudi Bantu!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dr Fie Kongsi Cabaran Besarkan Anak Lepas Perceraian 

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Label Baharu Min Hee Jin Diserang Tuduhan Plagiat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Remaja Wanita Paling Boom! Sepanjang 2021

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd