Seorang pelakon dan penyanyi lelaki popular ditahan polis selepas disyaki melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun di sebuah hotel di Selangor, semalam.
Menurut laporan Harian Metro, mangsa yang bekerja di sebuah kafe dilaporkan mengenali artis terbabit semasa bekerja sebelum mereka beberapa kali bertemu secara peribadi.

Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan, Ketua Penolong Pengarah Bahagian D11, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman berkata, “Suspek membawa mangsa ke sebuah hotel selepas beberapa kali pertemuan, dan ketika itulah dia dipercayai melakukan perbuatan amang seksual terhadap mangsa.”
Suspek telah ditahan bagi membantu siasatan namun telah dibebaskan dengan jaminan polis.
Siti Kamsiah turut memaklumkan bahawa kertas siasatan kini sedang dilengkapkan dan kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 (Akta 792). – BOOM!










