Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Armada Band Tak Sabar Bertemu Peminat Di Malaysia, Ajak Semua Ke Konsert Armada First Encounter

02/08/2023
Fiza Kamarudinoleh Fiza Kamarudin
in Konsert, Selebriti
Armada Band Tak Sabar Bertemu Peminat Di Malaysia, Ajak Semua Ke Konsert Armada First Encounter

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Armada Band kumpulan popular dari Indonesia bakal menggegarkan Kuala Lumpur dengan Konsert Armada First Encounter.

Konsert sulung mereka di Malaysia itu akan berlangsung pada 29 Oktober ini di Zepp Kuala Lumpur dan ia merupakan projek khas dibawakan Hitch Marketing Group dan SK One Ventures Sdn Bhd.

Penganjur, Kamalzaini dari SK One Ventures berkata, kehadiran Armada Band ini sekaligus akan mengubat kerinduan peminat mereka di Malaysia.

“Armada Band adalah salah satu band Indonesia yang cukup popular dan ini adalah kali pertama mereka bakal beraksi di Kuala Lumpur selepas konsert sebelum ini terpaksa dibatalkan kerana memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum 2018.

“Mereka akan mempersembahkan lagu-lagu popular mereka antaranya Asal Kau Bahagia, Harusnya Aku, Penantian dan banyak lagi pada malam penuh bermakna itu.

“Selain itu, lagu-lagu mereka juga turut mencipta fenomena tersendiri di plarform media sosial seperti TikTok dan Instagram. Justeru, pihak kami memilih untuk menjayakan konsert ini di Kuala Lumpur sekaligus mengubat kerinduan peminat dan penggemar mereka di Malaysia,” katanya.

Sementara itu, vokalis Armada Band, Rizal berkata, mereka juga teruja menantikan tanggal 29 Oktober untuk beraksi di pentas Zepp KL.

“Ini bukanlah kali pertama kami hadir ke Malaysia. Namun, kehadiran kami sebelum ini adalah lebih kepada menjayakan rangka promosi untuk lagu dan album.

“Kali terakhir kami ke Malaysia adalah pada 2018.

“Untuk konsert pertama kami di Malaysia ini, tentunya kami rasa teruja. Pada masa sama, ada juga rasa gemuruh memandangkan, sekarang adalah musim kebanjiran konsert di Malaysia, yang mana sedikit sebanyak memberi tekanan buat kami untuk membuat persembahan.

“Jadi, konsert ini harus berbeza dan memberi impak kepada penonton yang hadir,” katanya.

Tambahnya, mereka juga akan mempersembahkan 15 lagu di samping membawa kejutan istimewa buat peminat.

“Di acara konsert ini, kami akan persembahkan 15 lagu dan konsepnya agak pelbagai. Susunan muzik juga akan diberikan sentuhan baharu yang menarik buat peminat.

“Kami akan tampilkan penyanyi jemputan yang akan turut sama menyertai kami kami membuat persembahan. Namun, itu biarlah kami simpan dahulu sebagai kejutan dan akan diumumkan kelak,” katanya.

Selain Rizal, Armada juga turut dianggotai Andit dan Mai.

Tiket sudah boleh dibeli bermula hari ini melalui laman sesawang www.ticket2u.com.my. – BOOM!

Previous Post

Fad Anuar Tak Mahu Dibayangi Eman Manan, Tapi Aura Hero Malaya Sama Macam Bapa Saudara

Next Post

Amelia Henderson Dibenar Tangguh Bayaran RM200,000 Kepada A.Aida Production

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bicara Kes Amang Seksual Naim Daniel Ditunda Tahun Depan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Taeyong Anggota NCT Pertama Tamatkan Latihan Ketenteraan Wajib

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Amy Schumer Umum Cerai Lepas 7 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Thunder Storm Rugby 10s Kukuhkan Peranan Bangunkan Pelapis Negara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mimi Lana Luah Rasa Sedih | Rizky Febian Mahalini Beza Agama | Abang Tesla Bawa Dua Bini Tunai Umrah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hari Deepavali pun Khairul Aming Ditanya Bila Nak Kahwin!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • RM BTS Mohon Maaf Keluar Kenyataan Pembubaran Kumpulan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Kim Kardashian, Kanye Bidas Pengkritik Isu Tindik Jari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kematian Tragis Jubilant Sykes

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lepas Kejayaan APT, Bruno Mars Umum Lagu Baru

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lili Reinhart Sahkan Hidap Endometriosis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    Bekas Suami Lepaskan Farali Khan Demi Kebahagiaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sharifah Sakinah Gesa Henti Sokong Jenama Fesyen China

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Billie Eilish Dedah Menangis Mula Jelajah 2024 Tanpa Abang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Sah Isteri Ezwan Zain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd