Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

“Apek Dan Syanie Penuhi Impian Saya” – Mawi Terharu Hantu Kuat Ketawa Dominasi Carta

01/02/2022
Abang Deeoleh Abang Dee
in Ekstra, Exposé, Hiburan
“Apek Dan Syanie Penuhi Impian Saya” – Mawi Terharu Hantu Kuat Ketawa Dominasi Carta

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Baru saja menemui penonton pada 27 Januari lalu, karya kedua arahan dan terbitan Mawi bertajuk Hantu Kuat Ketawa dilihat berjaya mendominasi carta Astro First selaku filem paling ramai dilanggan dan ditonton.

Mengulas pencapaian diraihnya, Mawi atau nama penuhnya Asmawi Ani, 41, ketika dihubungi berkata, sama sekali dia tidak menjangkakan naskhah berkenaan menerima sambutan baik penonton.

Mawi berbangga filem kedua arahan dan terbitannya dapat sambutan baik.

“Masakan tidak, belum sampai seminggu tempoh tayangan, Hantu Kuat Ketawa diumumkan berada di tangga teratas dalam carta Top 5 Astro First.

“Alhamdulillah, ini satu pencapaian yang amat membanggakan dan jujurnya saya cukup terharu atas penerimaan positif khalayak terhadap filem ini,” ulasnya.

Terdahulu, bintang Akademi Fantasia musim ketiga (AF-3) itu membuat penampilan sulungnya selaku pengarah dan penerbit di bawah syarikat produksi miliknya iaitu Mawi World Entertainment menerusi naskhah berjudul Tiada Tajuk pada 2019.

Mawi ketika sidang akhbar majlis pelancaran filem berkenaan yang diadakan minggu lalu menjelaskan, kekuatan skrip tulisannya itu sebenarnya terletak di bahu barisan pelakon terutama Saiful Apek dan Syanie Hisham.

Syanie Hisham dan Saiful Apek kembali bergandingan dalam Hantu Kuat Ketawa.

“Saya membesar dengan menonton karya komedi lakonan kedua-dua pelakon otai ini yang diakui begitu cemerlang menggeletek hati penonton tatkala menonton keletah lucu mereka.

“Bahkan sampai sekarang masih sukar mempercayai bahawa mereka berdua setuju menerima tawaran saya, sekali gus menggerakkan plot cerita yang diilhamkan sendiri.

“Sejujurnya Saiful dan Syanie melengkapi impian saya. Malah kemunculan duo ini mampu mengubati kerinduan peminat yang sudah lama tidak menyaksikan gelagat bersahaja mereka di layar perak,” kata pelantun lagu Kalah Dalam Menang itu.

Selain dua teraju utama berkenaan, Hantu Kuat Ketawa turut menampilkan nama-nama hebat seperti Zarina Anjoulie, Along Cham, Anas Tahir, Zalif Sidek, Kimmy Low dan Deen Maideen. – BOOM!

Previous Post

“Saya Dah Insaf” – Malu Dilabel Orang Tua Tak Sedar Diri, Aliff Syukri Kurangkan Kontroversi

Next Post

“Dia Memang Kurang Ajar” – Norlia Ghani Terkilan Dikata Gedik Sebab Mahu Berlakon

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aiskrim Magika, Kolaborasi Kruniverse Dan SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hati Terguris Bukan Penghalang, Fazura Pilih Maafkan Lan Pet Pet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayesha Khan Dakwa Jadi Mangsa Manipulasi AI

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • T.O.P BIGBANG Umum Comeback Solo Lepas Tiga Tahun Menyepi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • I.N Stray Kids Sumbang 100 Juta Won Bantu Pesakit Kanser

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nubhan Failkan Dua Lafaz Talak — Mohon Mahkamah Sahkan Cerai 2017 dan Ogos Lalu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Filem Tan-Ti-Ana Lain Daripada Yang Lain, Hantu Dia Special” – Atikah Suhaime Kongsi Pengalaman Seram

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Qi Razali, Isteri Bakal Timang Cahaya Mata Januari

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Berhenti Api-api Kan Isteri Aku Untuk Berpisah..” – Azlan Komeng Mohon Netizen Henti Hasut Isteri Bercerai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd