Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Anuar Dan Ziana Zain Kelu Lidah, Tiket Konsert Sold Out Dalam Masa Singkat

28/05/2022
Syarrizuan Rashidoleh Syarrizuan Rashid
in Ekstra, Konsert, Selebriti
Anuar Dan Ziana Zain Kelu Lidah, Tiket Konsert Sold Out Dalam Masa Singkat

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Menjadi antara artis yang memiliki laskar peminat tersendiri menjadi harta paling bermakna dua penyanyi adik-beradik yang berada dalam kelas tersendiri ini.

Bagi Anuar Zain dan kakaknya Ziana Zain, mereka bertuah kerana dilimpahi kasih sayang yang ampuh serta benteng kukuh barisan peminat yang sentiasa ada untuk mereka.

Hakikatnya itulah kelebihan mereka, antara yang mempunyai peguam bela sukarelawa setiap kali berdepan dengan isu atau usikan dalam atmosfera industri seni.

“Syukur kepada Allah kerana kami diberikan kasih sayang yang sangat bermakna. Mereka sentiasa ada bersama kami sejak dulu lagi,” tutur Anuar penuh tertib.

Kakak kesayangan di sisi mengangguk setuju dan menambah banyak jasa peminat buat mereka sepanjang kerjaya seni.

“Mereka semua sangat memahami dan bersabar bersama kami. Mereka faham dan tidak jemu untuk menjadi penyokong kami sampai hari ini,” tambah Ziana.

Lantaran, tidak hairanlah kala kedua-duanya mengumumkan konsert mereka Anuar Zain dan Ziana Zain Live In Kalau Lumpur 2022, 50 peratus tiket habis dalam masa tiga jam.

Lebih menarik, 72 jam kemudian tiket konsert yang bakal berlangsung pada 6 Ogos di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur itu habis terjual.

Tiket habis terjual dalam masa 72 jam

Malah sambutan hangat terhadap konsert ini memang sudah diramal, apabila peminat penyanyi dengan identiti kening terangkat itu sudah lama tidak muncul di pentas konsert sejak dua dekad lalu.

Bagi pelantun yang masing-masing terkenal dengan lagu Keabadian Cinta dan Puncak Kasih itu, seribu kesyukuran dipanjatkan kepada Allah yang mengizinkan semua itu.

Anuar yang juga mesra dengan panggilan Pak Ngah dalam keluarga melahirkan rasa terima kasih atas sokongan ini.

“Kami tidak memikirkan langsung soal jualan tiket dan hari ini kami hadir untuk sidang media dan berkongsi mengenai konsert ini,” kata Ziana.

Bercerita mengenai konsert itu, Ziana menambah dia dan Anuar bersetuju kerana percaya ia datang pada waktu dan saat yang tepat.

“Jujurnya saya dan kakak selalu bersembang mengenai impian untuk konsert bersama tapi ia berakhir begitu saja.

“Namun akhirnya rezeki menjadi milik kami dan Alhamdulillah mari sama-sama raikan momen terindah ini nanti,” kata Anuar.

Ziana yang tidak lekang dengan senyuman di bibir menghela nafas panjang berkata, dirinya teruja untuk beraksi demi peminat tersayang.

Bakal menyampaikan 12 lagu iaitu enam lagu solo masing-masing, Ziana dan Anuar juga bakal berpadu suara dalam empat buah lagu terpilih.

“Semua lagu yang disenaraikan pastinya yang terbaik dan terpopular mengikut permintaan ramai. Kami akui ia bukan proses mudah,” kata Ziana.

“Kami akan berusaha sebaik mungkin memberikan kenangan terindah buat anda semua. Kalau ada lagu yang anda mahu jerit dan kami cuba bawakan secara accapella,” katanya. – BOOM!

Previous Post

Aina Abdul Rujuk Adele, Bakal Gayakan 10 Busana Berbeza Sepanjang Dua Hari Konsert

Next Post

“Khilaf Saya” – Gaya Tudung Seperti Rahib, Aina Abdul Mohon Maaf

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Puji Keberanian Saiful Apek Selamatkan Nyawa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vida Muncul Single Baharu, Lagu Happy

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Selena Gomez Nafi Tumbuh Misai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Adira Terkejut Timbul Dakwaan Datuk Red Fail Pengesahan Rujuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Vin Diesel Umum Cristiano Ronaldo Muncul Dalam Fast X: Part 2

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • ‘Bermuzik Perlu Jujur, Bukan Pura-Pura Gembira’ – Black

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Tular Isu Tukar Agama, Marshanda Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ajak Kenang Jasa Tauke Jambu, Hadiah Kerusi, Meja Baharu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aeril, Wawa Bantu Fathia Bangkit

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aksi Dan Imej Cardi B Undang Perhatian Warga Arab Saudi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Kim Soo-hyun: Forensik Gagal Tentukan Ketulenan Audio

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penampilan Lee Min Ho Cetus Polemik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    Banyak Lalat, Bau Bunga Rampai, Cat Farish Tutup Kedai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Komen D.O. Mengenai EXO-CBX Cetus Reaksi ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezwan Beri Erra Kejutan, Urus Hampir 95% Persiapan Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zizie Izette Dedah Sisi Baik Arwah Bung Moktar

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Jungkook Dedah Tinggal Serumah Dengan Rakan Tadika

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Enam Meja Lempeng Dicuri, Tauke Jambu Doakan Pencuri Kaya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Andi Bernadee Masuk Hospital Akibat Hipertiroidisme

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • MUAFAKAT Saman Rita Rudaini Lepas Dilabel ‘Prof Kangkung’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Maya Karin Hampir Lemas, Keselamatan, Kebajikan Pelakon Jadi Keutamaan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diana Danielle Kunci Mulut Video Mesra Keluar Bersama Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd