Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Anne Ngasri Akui Masih Mahu Berlakon

11/01/2024
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Selebriti
Anne Ngasri Akui Masih Mahu Berlakon

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon yang kini aktif dalam politik, Datin Anne Ngasri, 40, mengakui masih mahu berlakon tetapi tiada produksi ingin memberi tawaran kepadanya melainkan bekerja dengan produksi milik keluarga, NS Star Studio.

Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri berkata, lakonan adalah minatnya sejak dulu dan tidak akan pernah terfikir ingin berhenti ataupun berundur sebagai pelakon.

Nampak Macam Remaja, Ini Rahsia Cantik Sebenar DATIN ANNE NGASRI Dalam Usia 37 Tahun - Nona

“Walaupun saya sibuk dalam karier politik, tapi kalau ada peluang berlakon dengan watak yang sesuai serta lokasi pula di Kuala Lumpur, rasanya saya tiada masalah untuk menerima.

“Lakonan adalah hobi saya. Tapi, mungkin ramai yang ingat saya sekarang dah tak berlakon lagi sebab terlalu sibuk dalam politik. Namun, sebenarnya saya masih lagi berlakon dan tidaklah begitu kerap.

“Ikut kelapangan masa dan saya pun banyak terbabit dengan produksi keluarga saja sebab produksi lain tak panggil,” katanya.

Anne, Darling Ngasri mengubat rindu - Kosmo Digital

Ditanya kemungkinan dia tidak menerima tawaran berlakon daripada produksi lain kecuali milik keluarga disebabkan bayaran yang mahal, Anne menepis dakwaan itu dan memaklumkan dia tidak pernah bersikap ‘demand’.

“Harga bayaran yang saya terima untuk tawaran berlakon tidaklah mahal dan tinggi pun, kalau nak dibandingkan dengan abang saya, Bell (Ngasri). Saya dan Darling (kakak), masih dengan harga lakonan yang sama, malah saya ada kala tak terima bayaran pun ketika berlakon dengan produksi keluarga.

“Saya buat (berlakon) sebab minat dan rindu. Saya pun tidak meletakkan sebarang syarat yang berat, selain lokasi biarlah dalam Kuala Lumpur. Jika di luar ibu kota, saya akan pertimbangkan dan tolonglah panggil saya berlakon kalau watak itu sesuai,” katanya.

Anne yang kini memegang jawatan Timbalan Pengerusi Giat Mara sejak tahun lalu berkata, dia juga berasa kurang selesa untuk meninggalkan bidang seni begitu saja berikutan lahir dan dibesarkan dalam keluarga seni.

Sudah 10 Tahun Menjadi Isteri Datuk Sumali, Sekali Keadaan Terkini Datin Anne Ngasri Raih Perhatian – Teh Tarik Kaw

Terdahulu, Anne yang juga ibu kepada enam anak bertemu jodoh kali kedua dengan ahli politik, Datuk Mohd Sumali Reduan pada 22 Disember 2012 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Menerusi perkahwinan pertama, Anne dikurniakan tiga anak, begitu juga Mohd Sumali mempunyai seorang anak daripada perkahwinan terdahulu.

Anne yang mula berlakon pada usia kanak-kanak cukup popular dengan drama Cili Padi di TV3 bersama pelakon Jaafar Onn, Melissa Saila dan Tam Suhaimi yang diingati ramai hingga kini. – BOOM!

Sumber: HARIAN METRO

Previous Post

Yasmin Hani Kekal Hubungan Baik Dengan Bekas Suami Demi Kebahagiaan Anak-anak

Next Post

Zarina Anjoulie Malas Layan Fathia Latiff, Sedang Bahagia Bersama Tunang

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • 17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    17 Das Tembakan Meriam Dilepaskan Sempena Kelahiran Anak Putera Mateen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hati Terguris Bukan Penghalang, Fazura Pilih Maafkan Lan Pet Pet

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aiskrim Magika, Kolaborasi Kruniverse Dan SD Guthrie Berhad

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Payah Nak Kecewa Sangat..” – Video Bersama Zarina Anjoulie Jadi Bualan, Daddy Ash Tampil Bersuara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Hadiah Istimewa! Maryam Durian Kimchi Selamat Lahirkan Anak Kedua Pada Hari Lahirnya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktres Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pokemon Francais Anime Terlaris Dunia, Tewaskan Marvel Tiga Kali Ganda!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktivis Australia Kutip Dana Mahu Pindah Rumah Billie Eilish

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kim Seon Ho Disekat Jenama Fesyen Susulan Skandal Cukai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Stesen TV Mexico Hina BTS, ARMY Pertahan Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Pilih Emas Berbanding Wang Tunai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Dikecam Sebab ‘Jaja’ Nama Bruno Mars

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kehilangan Ibu Savannah Guthrie Cetus Kebimbangan, Perentak Jantung Terhenti Awal Pagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zahiril Tiba-Tiba Hilang Minat Cetus Kegusaran Peminat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Video Tular Masuk Kelab: Emma Maembong Tampil Beri Penjelasan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Neelofa Jelas Video Bilal Tular Rakaman Lama

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rebecca Pindah Kondominium, Jual Perabot Rumah Banglo

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd