Boom! Malaysia
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Aneka Walk Jadi Pusat Digital & Gaya Hidup Baharu Shah Alam

21/03/2025
BOOM!oleh BOOM!
in Ekstra, Gaya Hidup
Aneka Walk Jadi Pusat Digital & Gaya Hidup Baharu Shah Alam

Ikuti:

Facebook X-twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Kongsi:

ShareTweetShareSendShare

Shah Alam bakal menyaksikan kemunculan satu lagi mercu tanda baharu dengan pelancaran Aneka Walk, sebuah hab komuniti moden yang bakal menggabungkan elemen hiburan, seni, budaya, perniagaan dan inovasi digital. Projek ini dijangka siap dan dilancarkan pada suku ketiga tahun ini.

Terletak di lokasi strategik di Seksyen 14, Aneka Walk hanya 150 meter dari Stesen LRT Dato’ Menteri dan dihubungkan terus ke SACC Mall dan Kompleks PKNS Shah Alam. Ia dijangka menjadi nadi utama aktiviti masyarakat, menarik ribuan pengunjung tempatan dan antarabangsa.

Projek dengan pelaburan lebih RM50 juta ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan KRU Entertainment. Pengarah Projek Signature PKNS, Hajah Azilah Arasad @ Arshad berkata, Aneka Walk bukan sekadar sebuah projek pembangunan biasa.

“Ia lambang transformasi Shah Alam menjadi bandar lebih moden, inklusif dan inovatif. Dengan menghubungkan SACC Mall dan Kompleks PKNS Shah Alam, Aneka Walk dijangka menjadi hab gaya hidup dan perniagaan yang mengangkat nama Shah Alam ke tahap lebih tinggi,” katanya.

Aneka Walk menawarkan lebih daripada sekadar pusat membeli-belah. Ia bakal menampilkan pelbagai elemen hiburan berasaskan teknologi seperti seni digital, persembahan muzik, realiti maya (VR), dan pengalaman interaktif yang inovatif. Dengan laluan berbumbung sepanjang 300 meter, pengunjung boleh menikmati suasana santai, membeli-belah, menjamu selera, dan berhibur dalam satu kawasan yang selesa dan futuristik.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KRU Entertainment, Datuk Norman Abdul Halim turut menegaskan, “Aneka Walk bukan sekadar destinasi hiburan. Ia platform inovasi dalam gaya hidup, perniagaan dan teknologi digital. Kami mahu menjadikannya tempat di mana idea baru berkembang, bakat tempatan bersinar, dan pengunjung merasai pengalaman berbeza daripada kebiasaan.”

Selain itu, Aneka Walk juga akan menyediakan 150 lot perniagaan, memenuhi keperluan usahawan tempatan dalam sektor makanan, fesyen, seni kraf, muzik dan banyak lagi.

Dengan kapasiti menampung hingga 3,000 pengunjung pada satu masa, pelbagai aktiviti seni dan budaya akan diadakan setiap minggu untuk menarik perhatian pengunjung. Ia juga dijangka menjadi pemangkin ekonomi dengan membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan membantu perniagaan kecil dan sederhana berkembang.

Aneka Walk — wajah baru Shah Alam yang pasti mencuri tumpuan! – BOOM!

Previous Post

“Kami Pergi Sekolah Untuk Lihat Dia Menari” – John Abraham Dedah Pernah Jadi Rakan Sekelas Hrithik Roshan

Next Post

Lagu Raya 2025 Paling BOOM!

Tinggalkan Jawapan Batal balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

Boom! Hari Ini

  • Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    Stray Kids Capai 500 Juta Strim Di Spotify

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Lelaki Terkenal Ditahan Positif Dadah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khloé Kardashian Gerun Bercinta Lagi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rose Blackpink Sanggup Jadi ‘Nenek’ Untuk Janji Temu Rahsia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tak Takut Akhirat Ke?” – Linda Hashim Tempelak Beego Isu Nafkah Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Panggil Kak Zahirah…” – Nafiz Muaz Sempat Beraya Dengan Kerabat Diraja Terengganu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Macam Nak Cili Mulut Dia..” – Intan Najuwa Terkilan Ditegur Kulit Semakin Gelap

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chazynash Bidas Spekulasi Curang – “Saya Mula Rapat Selepas Cerai”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wajah Dilempar Kotak Rokok, Qi Dedah Insiden Tak Profesional

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mia Sara Akui Silap Komen Isu Puteri Balqis

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rambut Disamakan Dengan Brokoli, Khai Bahar Akui Bukan Murah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Chrissy Teigen Nekad Bebas Ketagih Alkohol

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kamal Adli ‘Koyak’ Sampai Tak Lalu Makan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    Isu Genosid, Konsert Jelajah BTS Cetus Boikot

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pablo Amirul Bersedia Jadi House Husband

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Alqal Sahar bersumpah pernah diliwat berkali-kali

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ayda Jebat Selamat Melahirkan Anak Ketiga

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Ajak Mia Sara Berdepan Selesai Masalah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mel C Pertahan Victoria Ketika Isu Brooklyn Didakwa Nepo Baby ‘Panas’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Balqis Pertahan Bapa Tiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ezzanie Jasny Cedera Kepala Dalam Kemalangan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Da’i Syed Kekal Bersalah Kes Rogol, Dipenjara 10 Tahun

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Brooklyn Beckham Dedah Detik Memalukan Libatkan Victoria Beckham

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd

Peta Laman

  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Ikuti Kami

No Result
View All Result
  • Utama
  • Eksklusif
  • Exposé
  • Power Poll
  • Tentang Kami
  • Dasar Privasi
  • Hubungi Kami
  • English
  • Melayu

Hak Cipta Terpelihara © 2025 KRU Media Sdn Bhd