Sesi TikTok Live artis tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza, menjadi tular selepas anaknya, Muhammad Afwa, memberi reaksi spontan yang menunjukkan nyanyian penyanyi itu tidak sedap.

Pelbagai komen muncul di media sosial — ada yang lucu dan ada juga yang memuji kejujuran anak kecil itu. Tidak kurang juga yang berseloroh bahawa Siti Nurhaliza kononnya telah melahirkan “haters” sendiri.

Namun, antara komen paling mencuri tumpuan ialah perbandingan dengan usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman.
“Afwa patut merasa jadi anak Aliff Syukri,” kata seorang netizen disertai dengan emoji ketawa.
Untuk rekod, Aliff Syukri juga pernah merakam beberapa lagu sensasi yang mengundang pelbagai kontroversi dalam industri hiburan tempatan.

Walaupun menerima kritikan daripada anak sendiri, Siti Nurhaliza tetap bersikap profesional. Hal itu membuktikan beliau mampu berdepan teguran dengan tenang dan bersahaja, sambil mengekalkan hubungan positif dengan peminatnya.
-Boom!









