Anak sulung Kim Kardashian dan Kanye West, North West memberi respon kepada pengkritik yang tidak bersetuju dengan pendindikan di jarinya.

Susulan itu, North membidas mereka yang mengecam tindakannya dalam video dikongsikan di TikTok pada 9 Disember lalu.
Dia segerakkan bibir (lip sync) menyanyi secara sindiran: “Kenapa kamu menangis? Berapa umur kamu? Sabar sikit.”
@kimandnorth🎋♬ original sound – stunnas.starr
Pada ruangan kapsyen, North,12, kemudian berkata, lagu itu ditujukan kepada pengkritik.
“Ini untuk semua yang marah kerana piercing jari saya,” katanya yang tidak terkesan dengan komen negatif.

Kim, yang juga ibu kepada Saint, 10, Chicago, 7, dan Psalm, 6, sebelum itu mempertahankan anaknya di media sosial apabila seorang pengguna TikTok memberi respons hatinya hancur melihat North tindik jari.
Kim hanya membalas: “Tak apa.”

Beliau menegaskan apa yang dilakukan anaknya tidak perlu diperdebatkan asalkan dia gembira.
Kim turut menekankan dia menyokong kreativiti North malah melihatnya sebagai simbol keyakinan.
“Kalau dia nak rambut biru, biarlah. Itu membuat dia gembira. Saya tak akan halang kreativiti itu,” kata Kim dalam episod Call Her Daddy pada 15 Oktober lalu. -Boom!










