Anak kepada penyanyi Datuk Awie, Putra Ahmad Merrah, mula menyusun langkah untuk bergelar penyanyi meskipun mengakui perjalanan itu nanti bukan mudah.

Ahmad Merrah bercita-cita tinggi sebagai penyanyi, namun berasa cabaran besar untuk mencapai tahap populariti setanding ayahnya.
“Kalau jadi penyanyi, mestilah saya nak jadi lebih baik daripada orang lain tapi apabila fikir yang ayah saya adalah Datuk Awie, macam mana saya nak jadi lebih bagus daripada dia,” katanya dipetik mStar.
Menurut Ahmad Merrah, minatnya dalam bidang seni semakin berkembang selepas menerima banyak tawaran untuk membuat persembahan pentas, sekali gus membuka peluang baharu dalam kerjaya seni.

Sebelum ini, Merrah lebih cenderung kepada bidang perniagaan, namun kini minatnya mula beralih ke bidang muzik dan hiburan.
Beliau juga berharap dapat menimba pengalaman serta memperbaiki kemahiran bagi menghadapi industri yang kompetitif.

Bagaimanapun, Merrah menegaskan bahawa pelajaran kekal menjadi fokus utama buat masa ini walaupun beliau menerima beberapa tawaran untuk merakam lagu. -Boom!






![[V] “Malu Tengok Puting Timbul!” – Buah Dada Dibiar Tersembul, Teruk Nadia Brian Kena Tibai](https://boom-entertainment.com/wp-content/uploads/2022/11/WhatsApp-Image-2022-11-11-at-11.26.09-PM-350x250.jpeg)



